kengkawan :)

Sunday, December 25, 2011

Kisah Cinta



Suatu masa dahulu terdapat sebuah negara bernama 'durian rekah'.Tidak seperti negeri yang lain , negeri ini punyai dua raja dan kedua2nya memerintah dengan baik . Adapun demikian negeri ini kurang masyhur dikalangan pencinta sejarah , tetapi punyai pelbagai kisah menarik untuk dipaparkan . Dari cerita bohong hinggalah ke kisah cinta .

 kisah cinta bermula tatkala sang putera dalam perjalanan keluar dari istana untuk pergi berburu . Ketika melintasi sempadan, ternampak olehnya akan sang puteri di taman,memetik bunga tuk dijadikan hiasan . Terpaku dirinya tatkala dirinya melihat akan kecantikan yang dimiliki oleh sang puteri.Kini mata bertentang mata . Dari mata turun pula ke hati . Begitulah kiranya penangan pandangan pertama diantara mereka.


 sang puteri yang tadinya larut dalam pandangan tiba2 sahaja tersadung kakinya sendiri . Sang putera tersenyum melihat telatah puteri.  Sambil tersenyum, matanya langsung tidak berkelip.  Hatta sesaat . Ahhh sang putera tersentak , hajatnya untuk berburu harus diteruskan . Sebelum beredar , sempat sang putera melambai2kan tangan kearah sang puteri yang tersipu malu.



Sepanjang perburuan, hanyalah wajah sang puteri di ingatan . Maka tiadalah dapat olehnya akan haiwan di rimba hatta geriang mahupun lelabi. Panglima yang menemaninya hanya mampu menggeleng kepala . RAJA SUDAH JATUH CINTA


Hari berikutnya ....
 sang putera keluar istana lagi . Akan tetapi bukanlah berniat untuk berburu ,namun hanyalah untuk bertemu lagi dengan sang puteri. Tanpa ditemani, baginda pergi ke taman . Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal , hajatnya untuk bertemu sang puteri tercapai . Tanpa menangguhkan masa , baginda menyatakan hasrat untuk berkenalan , berteman dan sebagainya . Hasrat itu langsung tidak ditolak sang puteri yang mana turut menyatakan perkara serupa.

Hari berganti hari , siang berganti malam , kerajaan berganti pembangkang (hahaha) hubungan mereka tetap utuh sehinggalah ......

"Anakanda .. kini tibalah saatnya untukmu menambahkan ilmu pengetahuan" titah Raja negeri durian rekah ..
'tapi ayahanda' balas sang putera.
"tidak ada tapi2 wahai anakandaku. Tambahan pula , ianya tidak mengambil masa yang lama"

 Panas yang disangkakan berpanjangan nampaknya kini menghilang disebalik redup petang. Ujian ini cukup berat bagi sang putera ! namun demi melengkapkan diri , sang putera mematuhi titah perintah ayahanda kesayangannya itu . Baginda akur . Sang puteri yang baru sahaja ditemuinya tadi tidak membantah dan berjanji akan menunggu kepulangannya .





KINI....Balasan surat semakin jarang diterima oleh sang putera. Jika ada sekalipun , ianya cukup ringkas dan kurang keikhlasan ayatnya. Hati sang putera gundah gulana. Apa yang terjadi? tiadalah perkara lain yang bermain di ufuk pemikiran sang putera melainkan keadaan sang puteri . Bayangan sang puteri sering sahaja di minda , hinggakan makan pakainya juga tidak terurus. Begitulah halnya yang melanda lubuk hati sang pencinta yang setia ( puiiii :p ) . Dalam diam2  sang  putera pulang ke Negeri Durian rekah .


Setibanya sang putera...
Tanpa melengahkan masa terus sahaja baginda ke taman . Tempat pertama baginda bertemu dengan sang puteri . Akan tetapi alangkah terkejutnya sang putera pabila melihat sang puteri sedang asyik berdating dengan jejaka lain . Baginda terkesima .  Madu yang diberi , tuba pula balasannya. Ahhh ......


sepertimana kisah2 lain , kisah cinta ini turut punyai penamat. Namun penamatnya agak anti-klimaks . Sang putera yang merasakan dirinya telah dipermainkan oleh sang puteri kini membawa diri . Tanpa sebarang ingatan tentang sang puteri baginda meneruskan kehidupannya dengan membuka kedai bundle di kota Kuala lumpur dan khabarnya kini antara individu terkaya di Malaysia . Baginda kini cukup bahagia malahan menjadi anak Negeri durian rekah yang pertama menjejakkan kaki ke puncak everest . Begitulah adanya .

-TAMAT-





p/s : lama tak update .. ade salah silap betulkan PEACE LOVE RESPECT uollllllss
- tatabahasa memang out :p
Comments
6 Comments

6 juta komen:

Abang Rambo said...

dgn penuh perasaan marah, gua cuba jugak komen kat sini...huh!

ahmad said...

ahaha
anti-klimaks

::cik asha:: said...

ingt ombak rindu tadi...
sekali ongbak rindu..hahaha..

Unknown said...

hoih..cita prince charming kna hepi ending lol...!!haha3..

Anonymous said...

order ambien ambien side effects heart - ambien sleep driving 2011

Anonymous said...

ambien on line ambien 10mg - generic ambien images