kengkawan :)

Wednesday, April 3, 2013

segmen : blog review

dua tiga menjak ni gua rasa nak aktif semula blogging . Lama sangat dah tak jadi keybord warrior. Haha try buat segmen la , mana tau ada yang nak join .

review jujur oleh en.Rudy

haha ~ pakai paint , tak yah nak expect lebih :p


prosedur dia senang je , lu orang tepek banner gua kat entri . Pastu letak link kat ruangan komen ( prosedur biasa kan ? ). Tak payah like2 page ,tak payah klik2 iklan pun kalau nak klik pun boleh jgak  ..

blog informasi/blog sukan gua xnak , sebab gua xtau nak review macam mana . Kebanyakannya copy paste kan ? :p

blog diari yang byk sangat sayang2 beby2 pun gua xnak , haha xkan gua nak review pasal awek/balak lu orang ye tak ?? 

originaliti tu penting.. haha kalau lu orang berminat ,boleh la join . Tapi jujur la , blog gua ni tak ramai orang berkunjung pun so traffik tak la banyak mana sampai kat lu orang nanti. Tapi ! keikhlasan pun penting kan ?? lagipun ni usaha pertama gua untuk cari rakan blogger , harap dapat maklumbalas positif :)

gua tak letak tarikh luput , tapi kuantiti . paling banyak pun 15blog je kot , haha makan masa gak nak baca beb .


peace love and respect uolllzzz

Monday, April 1, 2013

kenapa aku blogging ?





mule mule dulu aku ingat nak jadikan blog ni sebagai penanda aras kerajinan aku . Haha terbukti aku memang pemalas , nak cite panjang pasal kemalasan aku pun aku malas . Target aku taun lepas paling busuk pun 1 entry sebulan ,tapi hajat tu tak kesampaian. Mungkin disebabkan kemalasan maksima tahap supersaiya ke3 aku ni. Untuk ke depan ni , aku akan cuba merajinkan diri . Blog ni pun kena renovate sikit , mungkin kena banyak join segmen agaknya . Tu je lah kot , salam sayang : )


peace love and respect uolllzzz

Thursday, March 14, 2013

if we ever meet again : )






wait ? is that amirudin hamzah a.k.a rudy ? what he's doing here ? encik boss yang konon konon garang and menjengkelkan tu macam mana boleh muncul kat sebelah aku ni ? apa tak ade tempat lain ke nak muncul .. kenapa  alat untuk teleport belum dicipta lagi . Alaaaaa .. aku betul betul tak nak berhadapan dengan beliau ni ! mencik tau mencik .........

Cik ! tumpang lalu sikit

Aik ?! mr garang wannabe ni tak cam aku ke ? buat tak kenal je ....

Cik....
Cik.....
Maafkan saya cik
Boleh berikan saya sedikit ruang untuk lalu .. kata mr garang wannabe dengan senyuman malu ..

"Excuse me encik .. encik ?"

Saya Amirudin hamzah a.k.a rudy .. ya apa yang boleh saya bantu ?

Sah .. memang sah dia ni mr garang wannabe tu ! tapi kenapa dia boleh tak kenal aku ? ceh , baru semalam dia maki  aku depan officemate lain . ceit  pundamaneyyy ! personality disorder ke hape dia ni ? well mannered sangat ...

Tuesday, January 8, 2013

testing2


Aku melewati taman  rekreasi yang pernah menjadi tempat aku dan farah melepak bersama. Rumput tumbuh meliar menjadikan taman ini semak samun . Tiada lagi keluarga bersiar siar , tiada lagi anak kecil bermain gelungsur , tiada lagi farah dan abang ruunya bermain buaian. Buaian tu turut tidak kelihatan, tinggal tiangnya sahaja.

4 tahun ada sedikit merubah keadaan . Ekologi juga tidak terkecuali.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi sambil merenung kearah buaian . Memori lama datang kembali  


*****************************

Wednesday, July 11, 2012

WW#3



haha jiwang gile wordless wednesday gua :D

Monday, April 2, 2012

buang facebook timeline !!

Awat aku punya depa pi tukaq jadi timeline . Aishh! orang lain depa tak tukaq pulak . Agak2 ada tak cara nak remove timeline ni ?

mau tido !

p/s esok syafawi 

PEACE love and RESPECT uolls

Sunday, March 25, 2012

me gusta

 niat nak menulis tu ade , idea tu ade , kerajinan tu ade tapi internet pun ada . Bile internet tu ade + laju pulak , maka pelbagai laman web akan ditelusuri (  betul ke bahasa gua ni ). Seterusnya niat2 idea2 kerajinan2 gua tu turut blah macam tu je . Haha sape yang baca entri ni , doa2kan gua jadi rajin baca buku pulak lepas ni ye .

mau tido


p/s adik gua dapat 8A spm

PEACE LOVE and RESPECT

Monday, February 20, 2012

The Boy Who Can't Leave , The Girl Who Can't Break Up,



" bro , udah la tu , lepak rumah gua malam ni . Main PES! guane gamok? "

hmmm
tak kot
gua ada plan lain la .

"ape dia?"


tido !

"udah la , jgn dikenang sangat ! bunga bukan sekuntum.
Ade berjuta lagi org pompuan lain kat malaysia ni. "

haha . memang la berjuta , tapi penat jugak nak gi tanya sampai berjuta orang tu.

"gasak lu la bro"


Huh! penat . Remote tv pun dia rasakan  macam jauh gila . malas nak capai , huh biar lantak la cite tamil !Dia kedapur , cuba mencari kiranya ada sesuatu yang boleh dimakan. Peti di bukak walau dah tahu dalamnya takde isi . Empty . Macam kepalanya saat ini .

"harap maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi . sila cuba se.."


pranggg!!
belum sempat operator menghabiskan kata , handphone terlebih dahulu dihempas rudy . "Ah ! time orang nak tanya , time tu lah nak off phone" rungutnya .


sunyi ..

Selalu tengok dalam drama tv, time2 break-up ni orang perempuan yang nampak kesian . Tapi keadaan sekarang ni terbalik.Dan membuktikan drama tu karut, sama macam karutnya najwa latif boleh masuk ajl. Nak tido , mata tak boleh pejam . Nak makan , peti ais takde isi.



*******************************************************

 tut tut tut 


"hello . ha abang , ada ape ? "

saja je tepon mak . Rindu . hehe mak dah makan ?

Sunday, January 29, 2012

maafkan aku


'mungkin semua ni berat untuk awak .. mungkin juga saya .. tapi ! kita memang tak boleh bersama .. mustahil.. karut' kata rudy.

anis diam membisu . Dia melihat ke awan , pandangannya terhenti ke arah matahari. Matanya tidak berkelip. Matahari yang tadinya berselindung kini keluar memancarkan cahaya ,menyilaukan matanya. "Jadi.. kita akan terhenti di sini sahaja kah rudy ?" tanya anis tiba - tiba .

' kita? terhenti ? kita ni bermula pun tidak, macam mana nak berhenti .. awak tu kawan saya , kawan .. member.. macam afiq macam isa macam dafi tu hah' balas rudy lagi.

anis tersenyum kelat , matanya berkaca seraya memalingkan muka dari rudy . Dia kembali mendongak ke langit . kita ni macam awan dan matahari kan ? nampak macam dekat , tapi sebenarnya jauh .. jauh sangat  tutur anis sayu . "sudahlah jauh , tidak mungkin bersama pula tu" tambahnya lagi. 

Rudy merenung anis. Anis sudah banyak berubah! sensitif .... banyak berbicara tentang hati dan perasaan, penampilannya yang banyak berubah turut memeningkan kepala rudy . Kalau tidak mengenangkan mereka telah lama bersahabat , pastinya dari tadi lagi rudy akan beredar.Mujur sahaja  tidak ramai orang ke tasik hari ini ..

Rudy menarik nafas sepanjang mungkin . Kata-kata yang bakal disebutkannya pasti akan melukakan hati anis. Akan tetapi, dia mesti melakukannya, jika tidak anis akan terus terluka.

Saturday, December 31, 2011

semalam yang hangat

entri terakhir tahun 2011 :)

welcome dear 


   Getah 7rm sekilo,banjir,bil air 249rm,THANKYOU,ustaz
amirul,Blogging,satio,rumah terbakar,masuk tv(menyelit)Daur-thani alquran,BERSIH,niga-higa,mengorat,BOBOIBOY,max 247,cara-kuasa tanah,kene kencing,osama&gadaffi murdered,MLM,member lama kawin,makcikmeninggal,RunningMan,malaysia ada pemain import semula,leessang,buat ASB,22tahun(9/12),arghh byk lagi,tak ingat ..





p/s : live your life  : )


Sunday, December 25, 2011

Kisah Cinta



Suatu masa dahulu terdapat sebuah negara bernama 'durian rekah'.Tidak seperti negeri yang lain , negeri ini punyai dua raja dan kedua2nya memerintah dengan baik . Adapun demikian negeri ini kurang masyhur dikalangan pencinta sejarah , tetapi punyai pelbagai kisah menarik untuk dipaparkan . Dari cerita bohong hinggalah ke kisah cinta .

 kisah cinta bermula tatkala sang putera dalam perjalanan keluar dari istana untuk pergi berburu . Ketika melintasi sempadan, ternampak olehnya akan sang puteri di taman,memetik bunga tuk dijadikan hiasan . Terpaku dirinya tatkala dirinya melihat akan kecantikan yang dimiliki oleh sang puteri.Kini mata bertentang mata . Dari mata turun pula ke hati . Begitulah kiranya penangan pandangan pertama diantara mereka.


 sang puteri yang tadinya larut dalam pandangan tiba2 sahaja tersadung kakinya sendiri . Sang putera tersenyum melihat telatah puteri.  Sambil tersenyum, matanya langsung tidak berkelip.  Hatta sesaat . Ahhh sang putera tersentak , hajatnya untuk berburu harus diteruskan . Sebelum beredar , sempat sang putera melambai2kan tangan kearah sang puteri yang tersipu malu.

Monday, November 14, 2011

gua , honda petak dan awek (2 budak sekolah )

cerita ni berlaku bulan lepas sewaktu gua mencari nota 'hadith tahlili' kalu tak silap . 

ni bukan honda petak



Pagi tu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bersuasana sejuk, tambahan pula hujan renyai yang baru saje berhenti membuatkan gua enggan berpisah dengan selimut yang sudah sebati baunya dengan persekitaran. Bukan bermaksud untuk bangun lewat  , namun akibat main poker study, gua terlewat solat pada hari tersebut .

Setelah selesai solat, gua kembali meneruskan aktiviti hibernasi, hinggalah gua tersedar bahawa exam sudah hampir. Jika tidak melakukan sesuatu, maka mustahillah untuk gua berjaya. Dan jika gua tidak berjaya, maka gua takde kerja. Kalau takde kerja , gua takde duit . Makanya nama gua  akan turut tersenarai dalam nama mereka yang enggan membayar PTPTN . chit

Gua memanaskan enjin moto . Dengan rambut yang tidak disikat rapi, gua memulakan pengembaraan mencari nota . 2-3 rakan yang ditemui menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai nota subjek tersebut."Ah gampang, kedekut cakap la kedekut" jerkah gua ......... dalam hati la . Cakap kuat2 kang mau kena tinju , bertambah senget la idung gua . Gua  meneruskan perjalanan.

Mesti lu orang tertanya2 bila awek yang ada kat tajuk tu nak muncul kan ? kan ? okeh , watak awek tu muncul apabila gua berhenti di salah sebuah trafik light. Pada mulanya gua menyangka mereka sedang bergosip tentang uncle jual ice-cream kat sebelah gua ni . Namun jangkaan gua meleset sama sekali . Apabila perkataan honda petak dimentionedkan, gua sedar mereka sedang bergosip tentang gua . ''muke ensem , naik honda cup ! ptuih'' (haha yang ni gua tambah )

Wednesday, November 9, 2011

WW#2

friend is the person that hurt you the most :)

Saturday, November 5, 2011

esok raye


الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله
والله أكبر الله أكبر
ولله الحمد
walaupun bebudak rumah sewa gua tengah bergelak ketawa main PES2012 sekarang ni , gua pasti mereka pun tengah sayu jugak sebenarnye bile dengar takbir raya . Gua pun tacing jugak . Haha festaim tak raya  kat rumah ye dak ? 
Tadi gua tepon mak ! bunyi macam sayu je .. hehehehe adik2  buat  dek. Kalu bukan musim pekse , semalam lagi gua joging balik Kundang patah. Sempat kot sampai malam ni!Alostar dengan Raub bkn jauh pun, dalam 700km je . HAHA
Macamana pun tak perlu untuk gua tulis panjang2 kerana takde orang yang akan bace.So, Selamat Hari Raya AidilAdha gua ucapkan. Ambil semangat pengorbanan dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tu ye . Peace LOVE and respect uwollsssssssssss~
 
sembelih lembu ni buat korban ! terbaik ...
 *festaim jugak entri blog ni berbaur diari =.=

Friday, November 4, 2011

tag pertama =.=

haha tenkiu lah ye cik Azah sebab tag men-tag saye ye kat sini ..


nama : AHMAD SABRI B MAT DUI (  haha :) )
umur : bulan 12 nanti baru cukup 22
hobi  : menipu!!  takde hobi special , semua secara random ..
sukan : PES , Zynga Poker , Sukan air
gaji : takde gaji , mengaji lagi nohhh
--orang biase2 je , xde yang menarik sangat--

RULES 
1.You must post these rules
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal
3.Answer the question the tagger set for you in their post. And create new 11 question for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her
6.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU
7.LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.
-kalu tak paham leh g google translate .. haha





1)Bahasa asing apa yang awak nak sangat belajar?
- bahasa mongolia barangkali :)

2)Apa drama kegemaran awak sekarang ni?
- halimah jongang .. haha

3)Kalau gaji awak ada extra pe yang awak wat ngan duit tu?
- tak bergaji lagi , kalu bergaji nak kene simpan buat bayar ptptipu

4)Kalau pegi dating sapa yang bayar makan?
- tak gi dating lagi setakat ni , muke tak hensem

5)Selalu tido petang tak?kenapa?
- jarang , tido petang buat jadi payah nak tido malam

6)Kalau awak ada kereta n kereta tu kotor..awak basuh sendiri ke hantar kat car wash?
- of course la biar je kotor ! :D

7)Apa aktiviti keluarga kalau cuti sekolah?
- gi kebun , menoreh getah 

8)Apa lagu kegemaran awak?bleh tak bagi tajuk lagu n penyanyi dia..1 english song,1 malay song.. :)
-goo goo dolls - iris
- a.c.a.b -skinhead selamanya 

9)Artis kegemaran awak siapa?kalau awak lelaki,sila beri nama artis perempuan k..dan sebaliknya.. 
- aurat la suara perempuan .. HAHAH

10)Kalau ada masalah peribadi,siapa yang awak carik untuk meluahkan perasaan?
- takde yang maha mendengar melainkan Allah S.W.T

11)Suka tak bila awak ditipu kononnya untuk kebaikan awak sendiri?
- hal kecik je tu 





soalan dari gua pulak 

1 berapa lama dah blogging
2 tujuan asal blogging
3 blog title dengan anda apa kaitannya
4 berapa lama makan masa nak mengupdate
5 antara nuffnang ngan advertlets yang mana menjadi pujaan hati 
6 antara followers , readers dan commenters dimana kedudukan anda 
7 facebook dengan dashboard blogger mana yang lebih awal di bukak
8 selalu paste link kat facebook tak ?
9 pernah kena tag before ?
10 perasaan masa jawab soalan ni ( gembira tipu pun tak pe hahahaha)
11 rasa2 nak tag orang lain pulak tak lepas ni ?

-entah ape2 soalan =.= ,seriyes je !!



tak buat pun tak pe :) sape2 yang rajin2 kalu nak buat pun ok jugak 

Thursday, November 3, 2011

Wednesday, November 2, 2011

SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!


xde modal nak berkarya , join segmen lagi la jawabnye :)
klik sini untuk join

Sunday, October 30, 2011

final piala malaysia

penyu menangis lagi kerana sharbinie :)



haha credits to sini



haha takpe la , mung doh amek piale F.A :)

Friday, October 28, 2011

" menjejak pelangi "



" jumpa tempat biasa ye " isabel mengakhiri perbualan.

telefon bimbit aku letakkan kembali diatas meja setelah perbualan tadi berakhir. Isabel?! Lama sungguh tidak ku dengar nama itu. Berapa tahun ye? dua tahun, tiga tahun  . Ah lebih dari itu rasanya. "Pukul 5, masih berbaki 4 jam" kataku sambil meneruskan pekerjaan.

Isabel. hmmm~~

****************************************************
2005


Pertemuan kami istimewa . Sangat istimewa.Aku ingat lagi bagimana aku tidak melarang, malah menggalakkannya untuk terjun dari bangunan hospital . Aku tahu! kalau dihalang pun , dia akan tetap meneruskan terjunan jugak. Jadi aku bertindak sebaliknya.

" ehem2.. just go ahead!when you jump ,the impact from the ... err err .. the jump la , will blow your head and err.. err.. err. Im not gonna stop you"

' cakap melayu dah la'

" wau ! boleh cakap melayu !, kellllas minah omputeh ni. Meh makan dulu , banyak ni . Tak abis makan sorang2. Mai la . Terjun dari tempat tinggi ni sakit , baik berkawan dengan aku"

Sejak dari hari itu kami mulai berkawan. Banyak yang dikongsi. Banyak juga perbalahan, namun aku akhirinya dengan memohon maaf.


***********************************************************
kini perbalahan itu berubah kepada.......
perbincangan ?

'aku percaya bahawa dunia ini terjadi dengan sendirinya. Semua proses ini terjadi dengan semulajadi,alam sekitar juga begitu. Aku amat pasti tiadanya entiti bergelar tuhan, jikalau benar benar ada masakan pula hidupku sebegini ' kata Isabel.