kengkawan :)

Showing posts with label aku dan sesuatu. Show all posts
Showing posts with label aku dan sesuatu. Show all posts

Monday, November 14, 2011

gua , honda petak dan awek (2 budak sekolah )

cerita ni berlaku bulan lepas sewaktu gua mencari nota 'hadith tahlili' kalu tak silap . 

ni bukan honda petak



Pagi tu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bersuasana sejuk, tambahan pula hujan renyai yang baru saje berhenti membuatkan gua enggan berpisah dengan selimut yang sudah sebati baunya dengan persekitaran. Bukan bermaksud untuk bangun lewat  , namun akibat main poker study, gua terlewat solat pada hari tersebut .

Setelah selesai solat, gua kembali meneruskan aktiviti hibernasi, hinggalah gua tersedar bahawa exam sudah hampir. Jika tidak melakukan sesuatu, maka mustahillah untuk gua berjaya. Dan jika gua tidak berjaya, maka gua takde kerja. Kalau takde kerja , gua takde duit . Makanya nama gua  akan turut tersenarai dalam nama mereka yang enggan membayar PTPTN . chit

Gua memanaskan enjin moto . Dengan rambut yang tidak disikat rapi, gua memulakan pengembaraan mencari nota . 2-3 rakan yang ditemui menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai nota subjek tersebut."Ah gampang, kedekut cakap la kedekut" jerkah gua ......... dalam hati la . Cakap kuat2 kang mau kena tinju , bertambah senget la idung gua . Gua  meneruskan perjalanan.

Mesti lu orang tertanya2 bila awek yang ada kat tajuk tu nak muncul kan ? kan ? okeh , watak awek tu muncul apabila gua berhenti di salah sebuah trafik light. Pada mulanya gua menyangka mereka sedang bergosip tentang uncle jual ice-cream kat sebelah gua ni . Namun jangkaan gua meleset sama sekali . Apabila perkataan honda petak dimentionedkan, gua sedar mereka sedang bergosip tentang gua . ''muke ensem , naik honda cup ! ptuih'' (haha yang ni gua tambah )