" jumpa tempat biasa ye " isabel mengakhiri perbualan.
telefon bimbit aku letakkan kembali diatas meja setelah perbualan tadi berakhir. Isabel?! Lama sungguh tidak ku dengar nama itu. Berapa tahun ye? dua tahun, tiga tahun . Ah lebih dari itu rasanya. "Pukul 5, masih berbaki 4 jam" kataku sambil meneruskan pekerjaan.
Isabel. hmmm~~
****************************************************
2005
Pertemuan kami istimewa . Sangat istimewa.Aku ingat lagi bagimana aku tidak melarang, malah menggalakkannya untuk terjun dari bangunan hospital . Aku tahu! kalau dihalang pun , dia akan tetap meneruskan terjunan jugak. Jadi aku bertindak sebaliknya.
" ehem2.. just go ahead!when you jump ,the impact from the ... err err .. the jump la , will blow your head and err.. err.. err. Im not gonna stop you"
' cakap melayu dah la'
" wau ! boleh cakap melayu !, kellllas minah omputeh ni. Meh makan dulu , banyak ni . Tak abis makan sorang2. Mai la . Terjun dari tempat tinggi ni sakit , baik berkawan dengan aku"
Sejak dari hari itu kami mulai berkawan. Banyak yang dikongsi. Banyak juga perbalahan, namun aku akhirinya dengan memohon maaf.
***********************************************************
kini perbalahan itu berubah kepada.......
perbincangan ?
'aku percaya bahawa dunia ini terjadi dengan sendirinya. Semua proses ini terjadi dengan semulajadi,alam sekitar juga begitu. Aku amat pasti tiadanya entiti bergelar tuhan, jikalau benar benar ada masakan pula hidupku sebegini ' kata Isabel.
"haha~ awak pula macamana ? jadi dengan sendirinya jugak kah?" ."takde perkara jadi dengan sendirinya wahai cik adik ! semua ade tukang cipta,dunia pun ada penciptanya. Langit, awan, laut, hujan, gunung ganang, awak, aku .Pokok pangkalnya semua yang ada,ada penciptanya. Dalam bible awk tu pun menyatakan dunia ini dicipta. Jadi ini bukanlah kisah dongeng yang aku reka."
'ah kau memang begitu Rudy, tak pernah mahu mengaku kalah . Egois. Sama seperti org islam yang lain'
" aku bukan egois Isabel. Tapi semua perkara yang aku sebutkan itu punya bukti,malahan punya dalil Aqli dan Naqlinya. Bahkan para pemikir barat yang mana mendalami ilmu tentang agama islam , mereka akhirnya memeluk islam. Dan orang islam juga bukanlah egois seperti yang kau katakan. Mereka tidak egois, mereka cuma ada jawapan .Mereka mengerti jawapan kepada persoalanmu...............Hendak ku terangkan dengan lebih terperinci aku bukanlah ahlinya,semuanya sekadar yang aku mampu."Tambahan pula kau terlalu memikirkan tentang perbezaan antara kita"
Isabel mendiamkan diri.
Isabel. Anak kacukan melayu-inggeris yang sedang mencari arah dalam kehidupannya.Wajah yang selalu diukirnya dengan senyuman tidak menggambarkan kekusutan yang tersimpul di dalam sanubarinya. pernah dia bercerita bahawa jalan kehidupannya agak tragik. Kedua ibubapanya meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Dia dijaga ibu saudaranya dan setahun kemudian Ibu saudaranya pula pergi meninggalkannya . Kemudian dia dijaga Datuk dan neneknya yang beragama kristian.
Lantaran kesusahan demi kesusahan yang dialami dalam kehidupannya membuatkan Isabel menjadi sebegitu.
********************************************
Aku suka berdebat dengannya . Kadangkala dari persoalan-persoalan yang diajunya membuatkan aku terfikir sejenak tentang kelemahan yang terdapat dalam diriku. Namun pemergiannya menjadi tanda tanya padaku.
'hujung minggu ini aku akan berangkat ke England . Pulang ke kampung halaman.' Isabel bersuara memecah kesunyian.
"lama ke"
'tak tau lagi , mungkin lama. Mungkin sekejap . Masih ada lagi perkara yang perlu aku temukan'
"balik sini ?"
'tak tau jugak'
***********************************
2011
"kata pukul 5 ,ni dah dekat pukul 7. Tak jadi datang ke ?"kataku sambil melihat jam tangan.
"kata pukul 5 ,ni dah dekat pukul 7. Tak jadi datang ke ?"kataku sambil melihat jam tangan.
tiba-tiba
'Assalamualaikum !' lembut suara itu menyapa.
" wa..waalaikumsalam....err"
Berdiri di hadapanku seorang wanita yang manis bertudung litup. Manis senyuman yang dilemparkannya. Alhamdulillah Isabel! Nampaknya kau dah menemukan jawapan. Aku turut tersenyum.
' Ape hal diam pulak. Maghrib dulu jom ! lepas tu baru sembang balik'
Aku terus tersenyum sambil membalas " jom , jom "
tamat
ade salah silap tolong betulkan ye :)
yang kurang tambahkan
yang terlebih kurangkan