" bro , udah la tu , lepak rumah gua malam ni . Main PES! guane gamok? "
hmmm
tak kot
gua ada plan lain la .
"ape dia?"
tido !
"udah la , jgn dikenang sangat ! bunga bukan sekuntum.
Ade berjuta lagi org pompuan lain kat malaysia ni. "
haha . memang la berjuta , tapi penat jugak nak gi tanya sampai berjuta orang tu.
"gasak lu la bro"
Huh! penat . Remote tv pun dia rasakan macam jauh gila . malas nak capai , huh biar lantak la cite tamil !Dia kedapur , cuba mencari kiranya ada sesuatu yang boleh dimakan. Peti di bukak walau dah tahu dalamnya takde isi . Empty . Macam kepalanya saat ini .
"harap maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi . sila cuba se.."
pranggg!!
belum sempat operator menghabiskan kata , handphone terlebih dahulu dihempas rudy . "Ah ! time orang nak tanya , time tu lah nak off phone" rungutnya .
sunyi ..
Selalu tengok dalam drama tv, time2 break-up ni orang perempuan yang nampak kesian . Tapi keadaan sekarang ni terbalik.Dan membuktikan drama tu karut, sama macam karutnya najwa latif boleh masuk ajl. Nak tido , mata tak boleh pejam . Nak makan , peti ais takde isi.
*******************************************************
tut tut tut
"hello . ha abang , ada ape ? "
saja je tepon mak . Rindu . hehe mak dah makan ?
Perbualan berlanjutan.
Betul kata orang , bila mengadu dekat somebody. especially parent, sesuatu masalah tu akan mengendur tekanannya...
********************************************************
later
" bro .. lu dah ok ke ? "
boleh la , hati gua dah tenang sikit ni
" bro, masalahnya bukan hati .. otak lu tu !"
aik ! apahal pulak?
" lu kena banyak makan ubat. Dan terima la hakikat yang Lisa surihani tu nak bernikah dengan yusri kru . Lagipun dia bukan kenal lu. Lu tengok dia dekat tv je . Aritu time siti nurhalinda kawen lu cam ni gak . Bawak2 la berubah"
haha patut la mak gua suruh makan ubat jugak semalam bro
" Tau pun lu ....satu lagi .... malam karang jangan lupe datang rumah gua main game "
orait2.
Rudy merenung kelangit. Dia menepuk dahi.Mengambil dompet dan kemudiannya perlahan-lahan dia berjalan ke kedai runcit untuk membeli aiskrim.
lisa surihani kahwin |
-sekian-
p/s : kalau ade sape2 nak menderma untuk anak yatim, boleh helo2 gua ye !
peace love n respect uolllss