kengkawan :)

Saturday, December 31, 2011

semalam yang hangat

entri terakhir tahun 2011 :)

welcome dear 


   Getah 7rm sekilo,banjir,bil air 249rm,THANKYOU,ustaz
amirul,Blogging,satio,rumah terbakar,masuk tv(menyelit)Daur-thani alquran,BERSIH,niga-higa,mengorat,BOBOIBOY,max 247,cara-kuasa tanah,kene kencing,osama&gadaffi murdered,MLM,member lama kawin,makcikmeninggal,RunningMan,malaysia ada pemain import semula,leessang,buat ASB,22tahun(9/12),arghh byk lagi,tak ingat ..





p/s : live your life  : )


Sunday, December 25, 2011

Kisah Cinta



Suatu masa dahulu terdapat sebuah negara bernama 'durian rekah'.Tidak seperti negeri yang lain , negeri ini punyai dua raja dan kedua2nya memerintah dengan baik . Adapun demikian negeri ini kurang masyhur dikalangan pencinta sejarah , tetapi punyai pelbagai kisah menarik untuk dipaparkan . Dari cerita bohong hinggalah ke kisah cinta .

 kisah cinta bermula tatkala sang putera dalam perjalanan keluar dari istana untuk pergi berburu . Ketika melintasi sempadan, ternampak olehnya akan sang puteri di taman,memetik bunga tuk dijadikan hiasan . Terpaku dirinya tatkala dirinya melihat akan kecantikan yang dimiliki oleh sang puteri.Kini mata bertentang mata . Dari mata turun pula ke hati . Begitulah kiranya penangan pandangan pertama diantara mereka.


 sang puteri yang tadinya larut dalam pandangan tiba2 sahaja tersadung kakinya sendiri . Sang putera tersenyum melihat telatah puteri.  Sambil tersenyum, matanya langsung tidak berkelip.  Hatta sesaat . Ahhh sang putera tersentak , hajatnya untuk berburu harus diteruskan . Sebelum beredar , sempat sang putera melambai2kan tangan kearah sang puteri yang tersipu malu.

Monday, November 14, 2011

gua , honda petak dan awek (2 budak sekolah )

cerita ni berlaku bulan lepas sewaktu gua mencari nota 'hadith tahlili' kalu tak silap . 

ni bukan honda petak



Pagi tu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bersuasana sejuk, tambahan pula hujan renyai yang baru saje berhenti membuatkan gua enggan berpisah dengan selimut yang sudah sebati baunya dengan persekitaran. Bukan bermaksud untuk bangun lewat  , namun akibat main poker study, gua terlewat solat pada hari tersebut .

Setelah selesai solat, gua kembali meneruskan aktiviti hibernasi, hinggalah gua tersedar bahawa exam sudah hampir. Jika tidak melakukan sesuatu, maka mustahillah untuk gua berjaya. Dan jika gua tidak berjaya, maka gua takde kerja. Kalau takde kerja , gua takde duit . Makanya nama gua  akan turut tersenarai dalam nama mereka yang enggan membayar PTPTN . chit

Gua memanaskan enjin moto . Dengan rambut yang tidak disikat rapi, gua memulakan pengembaraan mencari nota . 2-3 rakan yang ditemui menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai nota subjek tersebut."Ah gampang, kedekut cakap la kedekut" jerkah gua ......... dalam hati la . Cakap kuat2 kang mau kena tinju , bertambah senget la idung gua . Gua  meneruskan perjalanan.

Mesti lu orang tertanya2 bila awek yang ada kat tajuk tu nak muncul kan ? kan ? okeh , watak awek tu muncul apabila gua berhenti di salah sebuah trafik light. Pada mulanya gua menyangka mereka sedang bergosip tentang uncle jual ice-cream kat sebelah gua ni . Namun jangkaan gua meleset sama sekali . Apabila perkataan honda petak dimentionedkan, gua sedar mereka sedang bergosip tentang gua . ''muke ensem , naik honda cup ! ptuih'' (haha yang ni gua tambah )

Wednesday, November 9, 2011

WW#2

friend is the person that hurt you the most :)

Saturday, November 5, 2011

esok raye


الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله
والله أكبر الله أكبر
ولله الحمد
walaupun bebudak rumah sewa gua tengah bergelak ketawa main PES2012 sekarang ni , gua pasti mereka pun tengah sayu jugak sebenarnye bile dengar takbir raya . Gua pun tacing jugak . Haha festaim tak raya  kat rumah ye dak ? 
Tadi gua tepon mak ! bunyi macam sayu je .. hehehehe adik2  buat  dek. Kalu bukan musim pekse , semalam lagi gua joging balik Kundang patah. Sempat kot sampai malam ni!Alostar dengan Raub bkn jauh pun, dalam 700km je . HAHA
Macamana pun tak perlu untuk gua tulis panjang2 kerana takde orang yang akan bace.So, Selamat Hari Raya AidilAdha gua ucapkan. Ambil semangat pengorbanan dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tu ye . Peace LOVE and respect uwollsssssssssss~
 
sembelih lembu ni buat korban ! terbaik ...
 *festaim jugak entri blog ni berbaur diari =.=

Friday, November 4, 2011

tag pertama =.=

haha tenkiu lah ye cik Azah sebab tag men-tag saye ye kat sini ..


nama : AHMAD SABRI B MAT DUI (  haha :) )
umur : bulan 12 nanti baru cukup 22
hobi  : menipu!!  takde hobi special , semua secara random ..
sukan : PES , Zynga Poker , Sukan air
gaji : takde gaji , mengaji lagi nohhh
--orang biase2 je , xde yang menarik sangat--

RULES 
1.You must post these rules
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal
3.Answer the question the tagger set for you in their post. And create new 11 question for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her
6.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU
7.LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.
-kalu tak paham leh g google translate .. haha





1)Bahasa asing apa yang awak nak sangat belajar?
- bahasa mongolia barangkali :)

2)Apa drama kegemaran awak sekarang ni?
- halimah jongang .. haha

3)Kalau gaji awak ada extra pe yang awak wat ngan duit tu?
- tak bergaji lagi , kalu bergaji nak kene simpan buat bayar ptptipu

4)Kalau pegi dating sapa yang bayar makan?
- tak gi dating lagi setakat ni , muke tak hensem

5)Selalu tido petang tak?kenapa?
- jarang , tido petang buat jadi payah nak tido malam

6)Kalau awak ada kereta n kereta tu kotor..awak basuh sendiri ke hantar kat car wash?
- of course la biar je kotor ! :D

7)Apa aktiviti keluarga kalau cuti sekolah?
- gi kebun , menoreh getah 

8)Apa lagu kegemaran awak?bleh tak bagi tajuk lagu n penyanyi dia..1 english song,1 malay song.. :)
-goo goo dolls - iris
- a.c.a.b -skinhead selamanya 

9)Artis kegemaran awak siapa?kalau awak lelaki,sila beri nama artis perempuan k..dan sebaliknya.. 
- aurat la suara perempuan .. HAHAH

10)Kalau ada masalah peribadi,siapa yang awak carik untuk meluahkan perasaan?
- takde yang maha mendengar melainkan Allah S.W.T

11)Suka tak bila awak ditipu kononnya untuk kebaikan awak sendiri?
- hal kecik je tu 





soalan dari gua pulak 

1 berapa lama dah blogging
2 tujuan asal blogging
3 blog title dengan anda apa kaitannya
4 berapa lama makan masa nak mengupdate
5 antara nuffnang ngan advertlets yang mana menjadi pujaan hati 
6 antara followers , readers dan commenters dimana kedudukan anda 
7 facebook dengan dashboard blogger mana yang lebih awal di bukak
8 selalu paste link kat facebook tak ?
9 pernah kena tag before ?
10 perasaan masa jawab soalan ni ( gembira tipu pun tak pe hahahaha)
11 rasa2 nak tag orang lain pulak tak lepas ni ?

-entah ape2 soalan =.= ,seriyes je !!



tak buat pun tak pe :) sape2 yang rajin2 kalu nak buat pun ok jugak 

Wednesday, November 2, 2011

SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!


xde modal nak berkarya , join segmen lagi la jawabnye :)
klik sini untuk join

Sunday, October 30, 2011

final piala malaysia

penyu menangis lagi kerana sharbinie :)



haha credits to sini



haha takpe la , mung doh amek piale F.A :)

Friday, October 28, 2011

" menjejak pelangi "



" jumpa tempat biasa ye " isabel mengakhiri perbualan.

telefon bimbit aku letakkan kembali diatas meja setelah perbualan tadi berakhir. Isabel?! Lama sungguh tidak ku dengar nama itu. Berapa tahun ye? dua tahun, tiga tahun  . Ah lebih dari itu rasanya. "Pukul 5, masih berbaki 4 jam" kataku sambil meneruskan pekerjaan.

Isabel. hmmm~~

****************************************************
2005


Pertemuan kami istimewa . Sangat istimewa.Aku ingat lagi bagimana aku tidak melarang, malah menggalakkannya untuk terjun dari bangunan hospital . Aku tahu! kalau dihalang pun , dia akan tetap meneruskan terjunan jugak. Jadi aku bertindak sebaliknya.

" ehem2.. just go ahead!when you jump ,the impact from the ... err err .. the jump la , will blow your head and err.. err.. err. Im not gonna stop you"

' cakap melayu dah la'

" wau ! boleh cakap melayu !, kellllas minah omputeh ni. Meh makan dulu , banyak ni . Tak abis makan sorang2. Mai la . Terjun dari tempat tinggi ni sakit , baik berkawan dengan aku"

Sejak dari hari itu kami mulai berkawan. Banyak yang dikongsi. Banyak juga perbalahan, namun aku akhirinya dengan memohon maaf.


***********************************************************
kini perbalahan itu berubah kepada.......
perbincangan ?

'aku percaya bahawa dunia ini terjadi dengan sendirinya. Semua proses ini terjadi dengan semulajadi,alam sekitar juga begitu. Aku amat pasti tiadanya entiti bergelar tuhan, jikalau benar benar ada masakan pula hidupku sebegini ' kata Isabel.

Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday :)

Genk! Saya Blogger Gila


saya blogger gila kerana saya tak de minat yang special.Haha tu je 






trollface

Tuesday, October 25, 2011

follower ke500 :)


ida yasha
follower gua yang ke500

p/s xde hadiah .. haha

Jack Sparrow : sejarah melayu yang dilupakan ??


time mula-mula menonton filem terbitan Walt Disney ini aku dah mula tertarik pada beberapa corak yang terdapat pada senjata dengan ukiran dinding kapal dalam filem tu. Ada sesetengah darinya hampir menyamai ciri-ciri Melayu. . Tapi abih je tengok cite tu aku diamkan aje la, sampai la terjumpa artikel dari forum ini. 

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.
Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silam askar Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Raja Brooke.

Sunday, October 23, 2011

MANCHESTER CITY 6 - MANCHESTER UNITED 1

amaran : entri ini penuh dengan gambar


Takde lagi super sunday match yang menarik untuk gua tengok melainkan perlawanan  tadi. Dan nampak gayanye manchester city akan terus gak di puncak liga dengan kemenangan besar keatas machester united . haha ramai la membe2 yang terajang tv malam ni . Rilek boh , awal lagi deh ..








"why always me" 
mario bolatelli bolasepak
HAHA

siapalah M.U tanpa Ramli,hanya sebuah pasukan yang diayam2kan dilaman sendiri

keratan akhbar metro . Diam la ferguson malam ni








 . TERBAIKKK !



macam mana agaknye rupe datok najib lepas m.u kalah . Ajak tgk ramai2 . haha
*rajin gua updated hari ni    =.=

exam dah dekat tapi gua bodo macam tu jugak





dear rudy :
kelas petang sikit je pun lu dah bising
syafawi hang tak pi
ustazah tu punyelah baik comel lak tuh
orang suruh hafal sejuzu' lu hafal sehelai je
pemalas
esaimen sikit je pun lu bantai copy paste
lazy
antar last minit
chit!

asal free sikit sikit bukak FB
bukan ade orang nak chat ngan lu pun haktuih!
pahtu pagi petang zynga poker
cip tak naik-naik pun
main PES sampai subuh , pandainye tak jugak
ptuih
petik gitar sampai sudah lagu tu la jugak
tak ketahuan
macamana pun
cuti panjang sudah abes bro
so
gud luck kepada lu Rudy
وباالله التوفيق والنجاح في الامتحان
انشاء الله



*entri ini tidak perlukan komen :)

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS




aritu ade orang suruh gua join kempen , bloglist , contest bagi naik traffic katanye .. so gua join lagi   :)




mane2 yang memfolow tu , ribuan terima kasih saya ucapkan (kejap saya , kejap gua ) haha :) insyaallah folow balik

Saturday, October 22, 2011

nukilan buat sahabat , saudara sesama Islamku



remaja ingatlah masa depanmu
jangan lah kau terleka di usia remaja 
aik
remaja je ke ?
hehe retua pun kena beringat jugak.



ni sape punye kerja la
pandai buat tak pandai tanggung
buat kerja tu dah satu dosa 
pastu gi bunuh pulak
tambah satu dosa lagi
mengambil nyawa kan kerja Tuhan bukan kita yang tentukan
akal dok tang mana ? tang lutut ?
orang suruh pergi sekolah 
hangpa pi selekoh
tu pasai la
bodoh
pendidikan seks la , ape la
yang penting didikan agama tu.
(statistik anak luar nikah hari ni 83orang @ lebih dalam sehari , nak tambah lagi ke )
yang ramai melayu
jadi
lu pikir la sendiri
buat dan bunuh ! 


Wednesday, October 19, 2011

sebalik matahari ( berselindung ) part 3


tolong!tolong..

''adoila!kan aku suruh duduk diam diam kat situ .Yang pergi keluar tu kenapa?? Degil betul.'' bebel rudy. Ada 2-3 orang dari geng Joni menghampiri Farah.Farah ketakutan.

'' Joni, ada baiknya lu suruh geng2 lu jauh dari  budak tu'' kata Rudy kepada joni yang sedang berkira-kira untuk berlawan.


ragam budak budak :) haha comel comel comel

budak budak memang tersangat la comelnye . hehe kalau tak percaya boleh cuba tengok gambar2 kat bawah ni



Friday, October 14, 2011

tutorial : 10 tips bergambar dalam tandas ( ≧▽≦)/

entri ni agak santai dan pendek akal




selalu snap picture dalam tandas ?
selalu rasa macam ada yang tak kena ?
selalu rasa seperti kurang kacak / cantik?
jika anda mengalami simptom2 sebegitu maka tutorial ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu

Tuesday, October 11, 2011

sebalik matahari ( berselindung ) part 2

part1>sini 


"tutt tutt tutt tutt tutt." tiada balasan.

''alahai mane la si fizah ni , orang telepon tak nak angkat ! kalau tak jadi cakap la tak jadi '' tutur farah sendirian .Berkali kali dia menelefon fizah namun tiada sebarang jawapan diterimanya. Farah tiada pilihan lain selain pulang ke rumah kerana lama sudah dia menunggu.








 ''gelap la pulak jalan ni!'' kata Farah sambil mempercepatkan gerak langkahnya. Jalan yang sedang dilaluinya merupakan jalan pintas yang mana lebih dekat dengan rumah namun agak lengang dengan kehadiran manusia. langkahnya diteruskan walaupun sedikit takut.




AKU CAKAP KELUAR, KELUARRR!!!


Farah tersentak ! 
''sape pulak yang mengamuk ni". Farah memberanikan diri .
Dia mencari dari mana arah suara tersebut datang. Sedang dia mendekati , tiba2 sahaja mulutnya dicekup dari  belakang.

Friday, October 7, 2011

MALAYSIA VS AUSTRALIA 0-5











gua tengok sampai abis game tadi . pedih je tengok =.=
MALAYSIA VS AUSTRALIA 0-5

12 perkataan english yang ... err err err .. lu pikir la sendiri




1. Honorificabilitudinitatibus




2. Antidisestablishmentarianism




3. Floccinauccinihilipilification

Tuesday, October 4, 2011

nukilan buat sahabat facebookku :)



wa jeles


wa remove lu bukan sebab wa tak suke lu
wa remove sebab wa jeles
wa jeles tengok lu upload gambar seksi-seksi
lu boleh muncung muncung bibir 
 wa tak boleh buat
tengok lu letak profile picture pegang2 tangan
peluk2 ngan couple lu
wa takde
 jadi wa jeles SANGAT

Monday, October 3, 2011

rasa gembira

ada orang sedang bersedih
ada yang menangis
ada kecewa


di sebalik kedukaan
 ada juga yang gembira
ada yang ketawa 
ada tersenyum mesra
ada juga yang tersengih2 kera (aku la tu)


Friday, September 30, 2011

alkisah : KISAH POKOK EPAL


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.



“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.

AKU PELIK!!

1.Aku PELIK melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sedar

2.Aku PELIK melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih tetap mencintainya

3.Aku PELIK melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu

4.Aku PELIK melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

5.Aku PELIK melihat orang yang sudah kenal neraka, tetapi masih melakukan dosa

6 Aku PELIK melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya

7.Aku PELIK melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya

(Uthman Ibn Affan)

Thursday, September 29, 2011

alkisah : kelebihan sang perokok

Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan
apa saja permintaan kamu sekalian. !!" Ketiga sahabat yang pada mulanya
panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan ber! pikir tentang
peluang dan kemauan masing2 yang mungkin sekali dalam seumur hidup. Lalu
mereka memilih kemauan mengikuti kegemaran masing2.






Berkata si A,"Aku mau perempuan2 muda dari berbagai bangsa di seluruh
dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun." Pufff ........!! dengan sekejap mata jin itu
menyempurnakan permintaan si A.


Berkata si B,"Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun." Pufff ........ !! dengan sekejap mata jin
itu menyempurnakan permintaan si B.


Berkata pula si C,"Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk
bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan
jangan ganggu aku selama 10 tahun." Pufff .......... !! dengan sekejap
mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.


Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul ke! mbali untuk membuka
pintu gua masing2 sebagaimana yang dijanjikan.<>
Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka
keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa
karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari2 hanya
memuaskan nafsu dengan perempuan.Tiba2 si A pun jatuh ketanah lalu mati!!


Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari2
mabuk2an.J alan pun ter-huyung2. Tiba2 si B pun jatuh ketanah lalu mati !!


Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C
keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin. Sambil
me- maki2 si jin ia berkata :


JIN GUUUUUUUUUOBLOOOKK ...!!!! lighter nye MANAAAAAAAAA ...???!!!






*haha ~    merokok ade kelebihan ke ??  :)

Monday, September 26, 2011

tolong2 :)

ingat nak buat cerpen  , tp takde idea la pulak .. hehe mohon jasa baik anda semua sumbang idea sikit :)



Tuesday, September 20, 2011

''jangan sedih2 ye mama''


Maria termenung menatap gambar Arisa sendirian. Hatinya berasa rindu sekali. Rindukan keletah, rindukan gelak tawa ,rindukan senyuman milik Arisa . Sudah lama Arisa pergi meninggalkannya namun detik bersama takkan dapat Maria padamkan dari ingatan.



Arisa insan istimewa . Kelahirannya istimewa . Kehadirannya istimewa . Arisa lahir tatkala suami yang tercinta meninggalkannya dan dunia. Senyuman Arisa menjadi perangsang. Peransang untuk Maria menjalani kehidupan dengan lebih tabah.

**************************************************************

'mama ! kenapa adik tak boleh main dekat luar ?' 


tanya si comel Arisa sambil mencebik . Kerapkali dia bertanyakan ibunya kenapa dia dilarang keluar bermain. Walaubagaimanapun Arisa tidak pernah membantah. Semua arahan ibunya dituruti tanpa ada bantahan.

''Adik tak sihat , adik main dengan mama aje lah ye ?'' balas Maria lembut. "tak pun adik tengok tv , ade cerita BoBoiBoy tu . Kejap lagi lepas mama siap memasak, mama tengok sekali " tambah Maria .


Sejak dua menjak ini Arisa sering sakit. Selalu sahaja demam panjang malah tubuhnya kelihatan sangat lemah.
Maria khuatir akan keadaan anak kesayangannya itu.



*****************************************************************
''saya harap puan dapat bersabar. Dari pemerhatian kami, nampak gayanya anak puan menghidap leukimia  .............''
******************************************************************




Dunia Maria seakan gelap gelita, kepalanya berdenyut seperti mahu pitam. Langkahnya longlai.Sisa sisa tangisannya masih lagi kelihatan walaupun dia cuba menyembunyikan disebalik senyuman pahit.Kata kata doktor yang merawat Arisa cuba ditelan walaupun pahit.







'emmm mama..mama , adik akan mati ye?'

''ish adik ni ? siapa yang cakap macam tu? ''

'adik dengar nenek cakap kat atuk '

''takde lah , Insyaallah adik umur panjang .. Adik sakit sikit aje . Nanti baiklah tu,mama kan ada "



Naluri keibuannya tersentuh tatkala melihat perubahan Arisa dari masa ke semasa. Rambutnya sering sahaja gugur malahan kepalanya tampak botak. Badannya pula semakin kurus akibat tiada selera makan. Arisa kelihatan sungguh lemah.


****************************************************************
Adik sayang mama , nanti bila adik dah tak ada mama jangan sedih2.Janji ye ?
****************************************************************



'uit!menung ape lagi tu ? jomlah. Kata nak pergi ziarah kubur Arisa' kata Pak Abu kepada Maria.

Lamunannya terhenti.''lah abah ni mana ade, orang tunggu dia dikatanya termenung .''balas Maria sambil berjalan menuju ke kereta.




"Arisa, mama akan tabah,takkan menangis lagi . Mama janji ,kalau ada tangisan lagi ,ianya adalah tangisan kegembiraan " tutur Maria perlahan..

                                                                                           



                                                                                    sekian..





*haha ~  kalau ade salah silap betulkan ye . Peace love n RESPECT uols  :)

Monday, September 19, 2011

rilek ujung minggu :Running Man

gwangsoo , commander ,yooruce willis , mong ji hyo,jungki, jisukjin,haha ,kang gary



Sape yang dah pernah tgk show ni kalau tak gelak memang tipu la . Ade member encikR yang langsung tak berminat tengok cite korea dah addicted ngan show ni . Confirm tak kering gusi la . Haha~ kalau tak gelak jugak , tak dapat lah den nak nolong eh.

Show macam ni memang takde lagi kat Malaysia. Ewah2 pun macam dah kureng sekarang ni, asyik bende same aje.Bosan jugak nak tengok .



monday couple jjang


The other reason encikR layan show ni adalah disebabkan 2orang ni .. Haha




bagi sape2 yang nak download tu boleh la usha2 kat sini ye :
http://www.isubs-squad.com/
http://www.kshownow.net/

Friday, September 16, 2011

sebalik matahari (berselindung ) part 1




''sape tu ?? budak baru ke ?''tanya Farah tatkala melihat kelibat Rudy memasuki kelas.
'uish , slow sikit kalau nak ckp pasal budak tu' balas fizah . 'samseng beb' tambahnya lagi sambil membelek keratan nota Sains.

Sepanjang kelas Sains ,mata Farah tidak lepas dari melihat Rudy. Ada sesuatu yang menarik tentangnya , membuatkan rasa ingin tahu Farah menebal. Semenjak dia berpindah ke sekolah ini, hari ini kali pertama dia bertemu dengan Rudy, pemilik meja paling hujung dalam kelasnya itu.

Selepas kelas Farah cuba mencari Rudy, namun kelibatnya terus tidak kelihatan selepas kelas sains berakhir.

'weh , jom balik. Tunggu ape lagi tu.. bla bla bla bla ' leter Fizah . Farah tersenyum sebelum membalas '' iye makcik , jom2''

**********************************************

Farah sampai lebih awal di taman dari waktu yang dijanjikan . Sms dari Fizah lewat malam semalam menyatakan hasrat mahu mengulangkaji bersama2 di taman. Farah terus bersetuju kerana sudah lama dia berhajat untuk pergi ke taman kerana sudah lama dia tidak kesana. Tambahan lagi taman itu juga tidak berapa jauh dari rumahnya .

Farah tersenyum melihat anak2 kecil yang sedang bermain buayan. Dia terkenangkan zaman kanak2nya dahulu. Teringatkan rakan baiknya yang telah lama terpisah. Entah kenapa sejak bertemu Rudy kelmarin, farah merasakan ada sesuatu yang dia cari selama ini ada pada lelaki itu. Namun dia tidak pasti.

'Ah , lambatlah pulak fizah ni ' kata Farah perlahan...

                                                                               

                                                                               
                                                         bersambung lagi, xde idea la pulak HAHA

jom blogwalking






haha join segmen lg aku ni ..
 hehe rajin2 blogwalking kat sini ..
hihi nak folow pun ok gak ..
 hoho tggalkan jejak ye :)

Wednesday, September 14, 2011

most in the world

td mase dok google google picture aku pun try la taip yang most2 ni .. dan ini la hasilnye (sekadar mengambil gambar yang pertama)


most beautiful woman in the world
ashwarya rai  kalau xsilap



most handsome men in the world

sape ni ? aku xknal :)



most richest person in the world
mukesh ambani . jutawan dari india, bukan dari U.S beb 





most expensive thing in the world
aik ?



most wonderful places in the world

gunung kat bali



most interesting thing in the world
soalan takde jawapan ? menarik2 :)




the most errr .. errr .. errr
hahahaha






* ni semua gmbar mula2 aje ye .. haha   PEACE LOVE N RESPECT uols

Sunday, September 11, 2011

sambungan entri aritu .. tp yg aritu dah di delete :)

************************************************************************************************************************************************


Beberapa pelajar ditahan oleh guru disiplin atas kesalahan mengukir nama di lengan.Macam buat tatu la jugak kirenye. Tidak sakit ke? Si 'dotdot' pulak nampaknya  tak ada kat perhimpunan tadi. Ambil mc kot.

  Aku pun tak rasa nak join assembly hari ini.Perut tiba tiba je rasa lapar. Kantin pun kebetulan dah bukak,apalagi jom jom jom jom makan makan.

                sekadar hiasan
 Memang clear kantin time ni . Takda orang langsung, tinggal makcik kantin je. Lepas bungkus air dengan mee goreng aku terus keluar mencari port.'' Nak makan kat dalam kantin ni macam tak sedap pulak bila cikgu2 lain tengok,baik makan ngan pakcik alil si tukang kebun tu. Lagi syok, boleh sembang sembang dengan dia nanti'' getusku dalam hati.

 Dalam perjalanan ke port baik 2 aku ternampak satu kelibat yang aku cuba usha2 kat assembly tadi .Si dotdot . Apa pulak dia buat sorang2 kat belakang stor tu . Aku perlahan lahan pergi dekat,sampai satu bunyi pun xkluar.Dah macam solid snake dalam game metal gear solid la pulak aku ni.

sekadar hiasan . 5 bersaudara dari turki < bersyukurlah dgn ape yang kita ada >

 `Tak payah nak buat gaya komando sangat la cikgu,dari td lg saya dah nampak’ kata dotdot separa berbisik.Aku tergamam,baru nak buat buat garang tadi.

Kenapa tak join assembly?

Malas la!cikgu pon sama , Nape tak join

  Aku terdiam sekejap sebelum perbualan diteruskan sampai  mee goreng yang aku beli tadinya  dah jadi sejuk. Banyak perkara yang dotdot cakap,sampai certain thing tu aku tak paham,maklumla bahasa orang muda muda ni lain. Jadi,anggukkan aje lah.Aku yang nak makan tadi lastly join sekaki jadi mat longkang ari ni. Dulu time aku sekolah macam ni lah jugak,cari ketenteraman sorang2 .Nak ponteng kang mak bising pulak.

.....loceng berbunyi. Menghentikan perbualan kami.

``errr cikgu !'' . Aku menoleh .

''Terima kasihla cikgu sebab x bagitau kat pak misai tu yang saya ponteng kat sini. Teruk saya kena kalau dia tau.Terima kasih ya.'’


`entahla ..Saya pun tak tahu .Sama ada telah menolong awak ataupun sedang merosakkan awak sebenarnya.’balasku sebelum beredar pergi....                                                                                              
                                                                                             

                                                                                             to be continued INSYAALLAH..
********************************************************************************



< haha! klau ade yang bace , sy ucapkan terima kasih............ PEACE LOVE n RESPECT uols >