kengkawan :)

Monday, November 14, 2011

gua , honda petak dan awek (2 budak sekolah )

cerita ni berlaku bulan lepas sewaktu gua mencari nota 'hadith tahlili' kalu tak silap . 

ni bukan honda petak



Pagi tu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bersuasana sejuk, tambahan pula hujan renyai yang baru saje berhenti membuatkan gua enggan berpisah dengan selimut yang sudah sebati baunya dengan persekitaran. Bukan bermaksud untuk bangun lewat  , namun akibat main poker study, gua terlewat solat pada hari tersebut .

Setelah selesai solat, gua kembali meneruskan aktiviti hibernasi, hinggalah gua tersedar bahawa exam sudah hampir. Jika tidak melakukan sesuatu, maka mustahillah untuk gua berjaya. Dan jika gua tidak berjaya, maka gua takde kerja. Kalau takde kerja , gua takde duit . Makanya nama gua  akan turut tersenarai dalam nama mereka yang enggan membayar PTPTN . chit

Gua memanaskan enjin moto . Dengan rambut yang tidak disikat rapi, gua memulakan pengembaraan mencari nota . 2-3 rakan yang ditemui menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai nota subjek tersebut."Ah gampang, kedekut cakap la kedekut" jerkah gua ......... dalam hati la . Cakap kuat2 kang mau kena tinju , bertambah senget la idung gua . Gua  meneruskan perjalanan.

Mesti lu orang tertanya2 bila awek yang ada kat tajuk tu nak muncul kan ? kan ? okeh , watak awek tu muncul apabila gua berhenti di salah sebuah trafik light. Pada mulanya gua menyangka mereka sedang bergosip tentang uncle jual ice-cream kat sebelah gua ni . Namun jangkaan gua meleset sama sekali . Apabila perkataan honda petak dimentionedkan, gua sedar mereka sedang bergosip tentang gua . ''muke ensem , naik honda cup ! ptuih'' (haha yang ni gua tambah )

Wednesday, November 9, 2011

WW#2

friend is the person that hurt you the most :)

Saturday, November 5, 2011

esok raye


الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله
والله أكبر الله أكبر
ولله الحمد
walaupun bebudak rumah sewa gua tengah bergelak ketawa main PES2012 sekarang ni , gua pasti mereka pun tengah sayu jugak sebenarnye bile dengar takbir raya . Gua pun tacing jugak . Haha festaim tak raya  kat rumah ye dak ? 
Tadi gua tepon mak ! bunyi macam sayu je .. hehehehe adik2  buat  dek. Kalu bukan musim pekse , semalam lagi gua joging balik Kundang patah. Sempat kot sampai malam ni!Alostar dengan Raub bkn jauh pun, dalam 700km je . HAHA
Macamana pun tak perlu untuk gua tulis panjang2 kerana takde orang yang akan bace.So, Selamat Hari Raya AidilAdha gua ucapkan. Ambil semangat pengorbanan dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tu ye . Peace LOVE and respect uwollsssssssssss~
 
sembelih lembu ni buat korban ! terbaik ...
 *festaim jugak entri blog ni berbaur diari =.=

Friday, November 4, 2011

tag pertama =.=

haha tenkiu lah ye cik Azah sebab tag men-tag saye ye kat sini ..


nama : AHMAD SABRI B MAT DUI (  haha :) )
umur : bulan 12 nanti baru cukup 22
hobi  : menipu!!  takde hobi special , semua secara random ..
sukan : PES , Zynga Poker , Sukan air
gaji : takde gaji , mengaji lagi nohhh
--orang biase2 je , xde yang menarik sangat--

RULES 
1.You must post these rules
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal
3.Answer the question the tagger set for you in their post. And create new 11 question for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her
6.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU
7.LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.
-kalu tak paham leh g google translate .. haha





1)Bahasa asing apa yang awak nak sangat belajar?
- bahasa mongolia barangkali :)

2)Apa drama kegemaran awak sekarang ni?
- halimah jongang .. haha

3)Kalau gaji awak ada extra pe yang awak wat ngan duit tu?
- tak bergaji lagi , kalu bergaji nak kene simpan buat bayar ptptipu

4)Kalau pegi dating sapa yang bayar makan?
- tak gi dating lagi setakat ni , muke tak hensem

5)Selalu tido petang tak?kenapa?
- jarang , tido petang buat jadi payah nak tido malam

6)Kalau awak ada kereta n kereta tu kotor..awak basuh sendiri ke hantar kat car wash?
- of course la biar je kotor ! :D

7)Apa aktiviti keluarga kalau cuti sekolah?
- gi kebun , menoreh getah 

8)Apa lagu kegemaran awak?bleh tak bagi tajuk lagu n penyanyi dia..1 english song,1 malay song.. :)
-goo goo dolls - iris
- a.c.a.b -skinhead selamanya 

9)Artis kegemaran awak siapa?kalau awak lelaki,sila beri nama artis perempuan k..dan sebaliknya.. 
- aurat la suara perempuan .. HAHAH

10)Kalau ada masalah peribadi,siapa yang awak carik untuk meluahkan perasaan?
- takde yang maha mendengar melainkan Allah S.W.T

11)Suka tak bila awak ditipu kononnya untuk kebaikan awak sendiri?
- hal kecik je tu 





soalan dari gua pulak 

1 berapa lama dah blogging
2 tujuan asal blogging
3 blog title dengan anda apa kaitannya
4 berapa lama makan masa nak mengupdate
5 antara nuffnang ngan advertlets yang mana menjadi pujaan hati 
6 antara followers , readers dan commenters dimana kedudukan anda 
7 facebook dengan dashboard blogger mana yang lebih awal di bukak
8 selalu paste link kat facebook tak ?
9 pernah kena tag before ?
10 perasaan masa jawab soalan ni ( gembira tipu pun tak pe hahahaha)
11 rasa2 nak tag orang lain pulak tak lepas ni ?

-entah ape2 soalan =.= ,seriyes je !!



tak buat pun tak pe :) sape2 yang rajin2 kalu nak buat pun ok jugak 

Wednesday, November 2, 2011

SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!


xde modal nak berkarya , join segmen lagi la jawabnye :)
klik sini untuk join