'mungkin semua ni berat untuk awak .. mungkin juga saya .. tapi ! kita memang tak boleh bersama .. mustahil.. karut' kata rudy.
anis diam membisu . Dia melihat ke awan , pandangannya terhenti ke arah matahari. Matanya tidak berkelip. Matahari yang tadinya berselindung kini keluar memancarkan cahaya ,menyilaukan matanya. "Jadi.. kita akan terhenti di sini sahaja kah rudy ?" tanya anis tiba - tiba .
' kita? terhenti ? kita ni bermula pun tidak, macam mana nak berhenti .. awak tu kawan saya , kawan .. member.. macam afiq macam isa macam dafi tu hah' balas rudy lagi.
anis tersenyum kelat , matanya berkaca seraya memalingkan muka dari rudy . Dia kembali mendongak ke langit . kita ni macam awan dan matahari kan ? nampak macam dekat , tapi sebenarnya jauh .. jauh sangat tutur anis sayu . "sudahlah jauh , tidak mungkin bersama pula tu" tambahnya lagi.
Rudy merenung anis. Anis sudah banyak berubah! sensitif .... banyak berbicara tentang hati dan perasaan, penampilannya yang banyak berubah turut memeningkan kepala rudy . Kalau tidak mengenangkan mereka telah lama bersahabat , pastinya dari tadi lagi rudy akan beredar.Mujur sahaja tidak ramai orang ke tasik hari ini ..
Rudy menarik nafas sepanjang mungkin . Kata-kata yang bakal disebutkannya pasti akan melukakan hati anis. Akan tetapi, dia mesti melakukannya, jika tidak anis akan terus terluka.
'apa ko merepek ni banganggg! dah dah dah! ingat aku homoseksual ape?.. besok kalau kau pakai baju pompuan macam ni lagi , jangan harap aku nak ikut ko dah. Nama elok2 hanif , suruh panggil anis cis cis cis cisdale ' rungut rudy sambil berenang di tasik meningggalkan anis yang berlenggang-lenggang tari lenggang untuk turut sama berenang .