kengkawan :)

Thursday, April 14, 2011

rasa yang terlara








serba tidak kena Mamat hari ini. Ada sesuatu yang membuatkan fikirannya tidak menentu,seumpama nak bermain zynga poker di table 100k/200k tapi tidak cukup chip sahaja lagaknya.Berlegar legar Mamat di dalam dan luar rumah seperti orang kurang siuman yang mahukan penjelasan.

sedang Mamat tengah berserabut sendirian, datang lokman dengan honda c70 berenjin vtec milik atuknya. Terus sahaja lokman masuk dan ke dapur mengambil minuman tanpa memberi salam terlebih dahulu. Setelah selesai membaham 2 ketul donut dan se jag sirap bandung barulah dia menyapa Mamat yang sedang termanggu sendirian.


 penangan zynga poker 


`ko ni kenapa pulak mat? dah macam org kalah main zynga poker je aku tengok.. ce cite ,ce cite' kata lokman sambil membelek majalah lucah lucu di sebelahnya. Tersengih sendirian Lokman melihat isi kandungan dan cerita yang terdapat di dalam majalah tersebut.






'aku x sangka betul man,sanggup ko buat aku macam ni. Aku punya la percaya kat ko,tapi macam ni ko balas kat aku . Huh! harapkan pagar,pagar x boleh harap.' balas Mamat sambil menjuih bibirnya ala-ala Angelina jolie.

''apa yang aku buat mat?'' tanya lokman

'ah sudahlah kau man, di depan tunjuk baik. Kat belakang aku dah macam2 onar yang kau buat. Langsung ko x ingat jasa2 aku dulu'


siapa yang tidak kenal Mamat? seorang yang sangat ganas. Sedari zaman persekolahan hingga zaman bujang terlajaknya dia masih mengekalkan gelaran itu . Baru sahaja dia menibai 3ekor mat pet minggu lepas ekoran merembat kasut converse yang dibeli kat bundle Pak Ali sehari sebelumnya. Namun disebalik keganasannya, hanya Lokman sahaja yang tahu kekiutan hati seorang Mamat. Lantaran itulah mereka berkawan.

Lokman termenung sejenak. Benar kata mamat itu. Dia banyak termakan budi si Mamat, malah sejak dari kecik lagi Mamat sering melindunginya dari dibuli oleh rakan rakan di sekolah.Kalau tidak kerana Mamat,pasti dia tidak mampu membaca hari ini.Tambahan pula, kini dia sering melantak dan menghabiskan beras di rumah mamat.

` ok la mat! kalau ade aku buat ape2 salah kat kau,aku mintak maap. Tapi sebenarnya ape salah aku seyh?'tutur Lokman ala2 orang KL.

'Huh!kau bukan tak tahu yang aku ni peminat Elfira lu.'

''Ha'ah aku tau. Tapi kenapa dengan beliau?''

'Ha! tau pun kau. abeh kenape kau g kapel lak dengan die?mendidih aku tengok.'

''Bile pulak aku kapel ngan die,ko ni pandai2 je kan''

'Wei, aku x pekak la ngok! aku sendiri dengar Elfira lu cakap i luv u lokman dalam drama kat tv2 td'' balas Mamat sambil meninggikan suaranya.

elfira loy bkn elfira lu yg dmksudkan HAHA
Lokman termenung kembali. Setelah 2-3 minit berfikir untuk mencari sebuah jawapan ,barulah dia meneruskan perbualannya bersama Mamat ''oh! sebab 2 rupenye, weh ok lah. Aku balik dulu la ye, malas layan org sawan macam ko ni'' balas lokman lalu pergi kearah motosikal berkuasa tinggi milik atoknya itu. Lokman terus memecut sambil wheelie 4 tiang dan meninggalkan mamat yang masih tidak ketahuan itu sendirian.










Monday, April 4, 2011

bukan cinta biasa

Panas pagi ini. Sepanas hati Makcu teh yang menahan marah akibat perlian bertubi tubi oleh CikRaunah semalam. Mau sahaja Makcu teh mengrider-kickkan mulut CikRaunah sekuat hatinya. Namun hasratnya itu ditangguhkan dahulu.`Tak ade orang lain dah makcu . memang sah Jusu aok yang ngambik getah si Seman di Kalong tu. Amek ke getah orang buat beli dadah. eii! terok betol.' kata CikRaunah sambil menyapu licin biskut yang dihidang oleh Makcu teh.
Kata-kata perlian oleh CikRaunah itu amat terkesan di hati Makcu teh. Terngiang-ngiang di telinganya sehinggakan dia tidak dapat meneruskan aktiviti toreh menorehnya hari ini. `sambung esok je lah' getus makcu teh.

Anak kesayangan Makcu teh, Rudy pergi interview kerja pulak hari ini. Dah makcu teh kena naik basikal hari ini. Kebiasaannya, Rudy akan menghantar, menemani,dan meroreh bersama Makcu teh di kebun,maklumlah budak lepasan SPM. Tak kan nak bagi lepak-lepak main gitar aje,itu pasal makcu teh ajak dia ke kebun.

Makcu teh mengayuh basikalnya perlahan. Dalam perjalanan pulang, sempat Makcu teh memikirkan tentang Jusu,anak tirinya itu . Setahu makcu teh, kerja rompak,samun getah orang ni tak pernah dibuat dek Jusu. Curi-curi makan time bulan puasa tu ade lah. Itu pun masa Jusu belum besunat lagi,sekarang ni anaknya dah empat. Tak kan buat keje gitu pulak bila dah besar.

flashback Makcu teh tentang jusu terhenti saat dia singgah di kedai Pandak Rinon. Makcu teh membelek timun-timun layu sambil bertanya harganya. Sedang dia asyik memilih timun,datang Dolah Jojot dengan membawa berita. `aok tau makcu?koi dapat kera ari ni. nak ikut kan,dua ekor tapi sekor terlepas. Laju ngat.' kata Dolah Jojot. `Lah,kera nak buat mende. Bukan boleh makan' balas makcu teh selamba. ` ini bukan kera biasa makcu weh,ini yang boleh mencuri getah,malas koi nak bagitau sape orangnye.Nanti makcu balik,taulah sape'. tambah Dolah Jojot lagi.
Setibanya Makcu teh di rumah, dia ternampak sosok tubuh CikRaunah yang sedang meraung-raung
di halaman rumahnya. Makcu teh cuba bertanya kenapa. Tetapi lain pulak jadinya,makin kuat CikRaunah
meraung. Lepas keadaan menjadi reda barulah CikRaunah memberitahu sebabnya. `Salim koi makcu,
tangkap di polis pasal mencuri getah si Dolah Jojot'. kata CikRaunah tersedu-sedu.

`oh,begitu ceritanya' balas Makcu teh.

`Amekaw' kata Makcu teh didalam hati pula.