kengkawan :)

Monday, April 4, 2011

bukan cinta biasa

Panas pagi ini. Sepanas hati Makcu teh yang menahan marah akibat perlian bertubi tubi oleh CikRaunah semalam. Mau sahaja Makcu teh mengrider-kickkan mulut CikRaunah sekuat hatinya. Namun hasratnya itu ditangguhkan dahulu.`Tak ade orang lain dah makcu . memang sah Jusu aok yang ngambik getah si Seman di Kalong tu. Amek ke getah orang buat beli dadah. eii! terok betol.' kata CikRaunah sambil menyapu licin biskut yang dihidang oleh Makcu teh.
Kata-kata perlian oleh CikRaunah itu amat terkesan di hati Makcu teh. Terngiang-ngiang di telinganya sehinggakan dia tidak dapat meneruskan aktiviti toreh menorehnya hari ini. `sambung esok je lah' getus makcu teh.

Anak kesayangan Makcu teh, Rudy pergi interview kerja pulak hari ini. Dah makcu teh kena naik basikal hari ini. Kebiasaannya, Rudy akan menghantar, menemani,dan meroreh bersama Makcu teh di kebun,maklumlah budak lepasan SPM. Tak kan nak bagi lepak-lepak main gitar aje,itu pasal makcu teh ajak dia ke kebun.

Makcu teh mengayuh basikalnya perlahan. Dalam perjalanan pulang, sempat Makcu teh memikirkan tentang Jusu,anak tirinya itu . Setahu makcu teh, kerja rompak,samun getah orang ni tak pernah dibuat dek Jusu. Curi-curi makan time bulan puasa tu ade lah. Itu pun masa Jusu belum besunat lagi,sekarang ni anaknya dah empat. Tak kan buat keje gitu pulak bila dah besar.

flashback Makcu teh tentang jusu terhenti saat dia singgah di kedai Pandak Rinon. Makcu teh membelek timun-timun layu sambil bertanya harganya. Sedang dia asyik memilih timun,datang Dolah Jojot dengan membawa berita. `aok tau makcu?koi dapat kera ari ni. nak ikut kan,dua ekor tapi sekor terlepas. Laju ngat.' kata Dolah Jojot. `Lah,kera nak buat mende. Bukan boleh makan' balas makcu teh selamba. ` ini bukan kera biasa makcu weh,ini yang boleh mencuri getah,malas koi nak bagitau sape orangnye.Nanti makcu balik,taulah sape'. tambah Dolah Jojot lagi.
Setibanya Makcu teh di rumah, dia ternampak sosok tubuh CikRaunah yang sedang meraung-raung
di halaman rumahnya. Makcu teh cuba bertanya kenapa. Tetapi lain pulak jadinya,makin kuat CikRaunah
meraung. Lepas keadaan menjadi reda barulah CikRaunah memberitahu sebabnya. `Salim koi makcu,
tangkap di polis pasal mencuri getah si Dolah Jojot'. kata CikRaunah tersedu-sedu.

`oh,begitu ceritanya' balas Makcu teh.

`Amekaw' kata Makcu teh didalam hati pula.

Comments
0 Comments

0 juta komen: