kengkawan :)

Wednesday, September 7, 2011

UNTITLED: hehe sape ade tajuk yang sesuai ?






Rudy sudah naked  nekad. Dengan segala tekad dan keazaman yang tersemat di kalbu, dia akan membuat perhitungan hari ini. ''Apa nak jadi jadilah''laung Rudy sekuatnya. Batas kesabarannya mulai goyah . Amarah menguasai dirinya .

Cuaca panas turut memberi impak terhadap Rudy. Di bawah terik mentari Rudy menyanyikan lagu matahari nyanyian asal band Amuk dihalaman rumah.Sambil jari jemarinya memetik gitar akustik,dia terfikir sesuatu....

Saat itu Rudy terfikir. Bukankah dia seorang suami .  Sudah fitrah yang mana seorang suami adalah ketua keluarga . Sebagai seorang ketua secara otomatiknye dia yang akan memberikan tugasan dan bukan seorang yang melaksanakan tugas. Maka tugasan dalam rumah bukan tugasnya. Ianya milik isterinya. Jikalau tidak ape guna 15k sebagai hantaran. Apa guna dia....err belum sempat penulis memikirkan idea, isteri rudy sudah pulang dari tempat kerja.


'Assalamualaikum' lembut syafikah memberi salam.

Syafikah ,  Isteri rudy yang kini bekerja sebagai guru . Sudah menjadi kebiasaannya dia pulang di waktu petang sebegini . almaklumlah tugasan guru kini semakin banyak dan  mencabar .

''Waalaikumsalam''... acuh tak acuh rudy membalas sambil menonton rancangan BoBoiBoy .

''hehe, nape abang ni? gigit kang'' kata syafikah sambil membuat muka comel ala-ala seo hyun dari girl band korea snsd.


''ala ... cakapla kenape ? tumbuk usus tu karang '' tambah syafikah manja.

' Abang terifkir, abang ketua keluarga ni. tapi semua kerja dalam rumah abang yang buat . Pinggan mangkuk periuk belanga kawah senduk sudu abang yang basuh.Kain baju abang yang lipat, pokok bunga, sayur, balak ,bakau, cannabis abang yang siram. Kenape ? dayuskah bang ni ? kenapa ? sila jelaskan ' kata Rudy selafaz.

Syafikah tersenyum lagi. ''laaa~ ingatkan ape lah tadi. Haha tu aje ke ?'' tanya Syafikah .

'ye' balas rudy

''hmm, abang ingat tak dulu?''

'ingat pe?'

''abang kan penah kate kat sy abang nak jadi Mr mama kat rumah ni . Abang jugak kata studio lukisan tu bising,abang nak lukis komik kat rumah je . Hehe tak ingat ye'' jawab syafikah lantas memberikan jawapan penuh kepada persoalan rudy selama ini. ''banyak makan semut leww tewww'' syafikah menambah.

 Rudy terdiam sejenak. Setelah selesai berfikir, Rudy langsung ke dapur sambil berlari lari anak meninggalkan Syafikah yang sedang tersenyum sendirian .
Comments
0 Comments

0 juta komen: