kengkawan :)

Friday, September 9, 2011

skuad liga super kelantan pikat pemain EPL


SEMALAM aku berchatting dengan seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang enggan namanya didedahkan. Menurutnya, Kafa sudah memeterai perjanjian secara lisan dengan seorang pemain terkemuka dunia untuk bermain dengan Kelantan bagi menghadapi Liga Super musim akan datang.
Dengarnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menarik balik keputusan melarang pemain import daripada beraksi dalam Liga Malaysia untuk musim 2011, maknanya pemain itu nanti yang kini beraksi dengan sebuah pasukan ternama dalam English Premier League itu akan digandingkan dengan Khalid Jamlus selaku penyerang.
Selepas didesak beberapa kali, barulah pegawai Kafa itu memberitahu aku pemain yang dimaksudkan adalah Carlos Tevez yang kini bermain bersama Manchester City. Perghhhh… memang gempak giler!
Pegawai Kafa itu berkata, perjanjian lisan itu sudah dipersetujui ketika pemain kelahiran Argentina itu datang ke Kelantan bulan lalu untuk berjumpa Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa. Pertemuan itu diadakan di satu lokasi rahsia dan difahamkan sekitar Rantau Panjang iaitu sebaik banjir mulai surut.
Mula-mula tu aku tak percaya, takkan Tevez sanggup nak main kat Malaysia, berapa juta pulak Kafa kena bayar… dan sebagai bukti, pegawai Kafa itu kemudian mengirimkan gambar pemain itu ketika kedatangannya ke Kelantan. Aku yakin tak lama lagi berita ni pasti meletup!
Gambar di bawah membuktikan kehadiran Tevez (kiri) bersama ejennya ketika berada di Kelantan.


tevez dan ejen 
















credit; http://mywanfai.wordpress.com/2009/01/22/


:D senyum senyum saje 



Comments
3 Comments

3 juta komen: