Suatu masa dahulu terdapat sebuah negara bernama 'durian rekah'.Tidak seperti negeri yang lain , negeri ini punyai dua raja dan kedua2nya memerintah dengan baik . Adapun demikian negeri ini kurang masyhur dikalangan pencinta sejarah , tetapi punyai pelbagai kisah menarik untuk dipaparkan . Dari cerita bohong hinggalah ke kisah cinta .
kisah cinta bermula tatkala sang putera dalam perjalanan keluar dari istana untuk pergi berburu . Ketika melintasi sempadan, ternampak olehnya akan sang puteri di taman,memetik bunga tuk dijadikan hiasan . Terpaku dirinya tatkala dirinya melihat akan kecantikan yang dimiliki oleh sang puteri.Kini mata bertentang mata . Dari mata turun pula ke hati . Begitulah kiranya penangan pandangan pertama diantara mereka.
sang puteri yang tadinya larut dalam pandangan tiba2 sahaja tersadung kakinya sendiri . Sang putera tersenyum melihat telatah puteri. Sambil tersenyum, matanya langsung tidak berkelip. Hatta sesaat . Ahhh sang putera tersentak , hajatnya untuk berburu harus diteruskan . Sebelum beredar , sempat sang putera melambai2kan tangan kearah sang puteri yang tersipu malu.
Sepanjang perburuan, hanyalah wajah sang puteri di ingatan . Maka tiadalah dapat olehnya akan haiwan di rimba hatta geriang mahupun lelabi. Panglima yang menemaninya hanya mampu menggeleng kepala . RAJA SUDAH JATUH CINTA
Hari berikutnya ....
sang putera keluar istana lagi . Akan tetapi bukanlah berniat untuk berburu ,namun hanyalah untuk bertemu lagi dengan sang puteri. Tanpa ditemani, baginda pergi ke taman . Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal , hajatnya untuk bertemu sang puteri tercapai . Tanpa menangguhkan masa , baginda menyatakan hasrat untuk berkenalan , berteman dan sebagainya . Hasrat itu langsung tidak ditolak sang puteri yang mana turut menyatakan perkara serupa.
Hari berganti hari , siang berganti malam ,
"Anakanda .. kini tibalah saatnya untukmu menambahkan ilmu pengetahuan" titah Raja negeri durian rekah ..
'tapi ayahanda' balas sang putera.
"tidak ada tapi2 wahai anakandaku. Tambahan pula , ianya tidak mengambil masa yang lama"
Panas yang disangkakan berpanjangan nampaknya kini menghilang disebalik redup petang. Ujian ini cukup berat bagi sang putera ! namun demi melengkapkan diri , sang putera mematuhi titah perintah ayahanda kesayangannya itu . Baginda akur . Sang puteri yang baru sahaja ditemuinya tadi tidak membantah dan berjanji akan menunggu kepulangannya .
KINI....Balasan surat semakin jarang diterima oleh sang putera. Jika ada sekalipun , ianya cukup ringkas dan kurang keikhlasan ayatnya. Hati sang putera gundah gulana. Apa yang terjadi? tiadalah perkara lain yang bermain di ufuk pemikiran sang putera melainkan keadaan sang puteri . Bayangan sang puteri sering sahaja di minda , hinggakan makan pakainya juga tidak terurus. Begitulah halnya yang melanda lubuk hati sang pencinta yang setia ( puiiii :p ) . Dalam diam2 sang putera pulang ke Negeri Durian rekah .
Setibanya sang putera...
Tanpa melengahkan masa terus sahaja baginda ke taman . Tempat pertama baginda bertemu dengan sang puteri . Akan tetapi alangkah terkejutnya sang putera pabila melihat sang puteri sedang asyik berdating dengan jejaka lain . Baginda terkesima . Madu yang diberi , tuba pula balasannya. Ahhh ......
sepertimana kisah2 lain , kisah cinta ini turut punyai penamat. Namun penamatnya agak anti-klimaks . Sang putera yang merasakan dirinya telah dipermainkan oleh sang puteri kini membawa diri . Tanpa sebarang ingatan tentang sang puteri baginda meneruskan kehidupannya dengan membuka kedai bundle di kota Kuala lumpur dan khabarnya kini antara individu terkaya di Malaysia . Baginda kini cukup bahagia malahan menjadi anak Negeri durian rekah yang pertama menjejakkan kaki ke puncak everest . Begitulah adanya .
-TAMAT-
p/s : lama tak update .. ade salah silap betulkan PEACE LOVE RESPECT uollllllss
- tatabahasa memang out :p