kengkawan :)

Tuesday, January 8, 2013

testing2


Aku melewati taman  rekreasi yang pernah menjadi tempat aku dan farah melepak bersama. Rumput tumbuh meliar menjadikan taman ini semak samun . Tiada lagi keluarga bersiar siar , tiada lagi anak kecil bermain gelungsur , tiada lagi farah dan abang ruunya bermain buaian. Buaian tu turut tidak kelihatan, tinggal tiangnya sahaja.

4 tahun ada sedikit merubah keadaan . Ekologi juga tidak terkecuali.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi sambil merenung kearah buaian . Memori lama datang kembali  


*****************************


“Abang ruuuu”

Ye kenapa ?

"Tadi kat kenduri , ada orang nak mengorat farah tau"

'Telinga capang pun ada yang nak ke ? haha ' balasku sambil ketawa

"Abang ru ni memang menyakitkan hati la! Malas nak layan “ tutur farah sambil bibir dicebik"

'Sori la .. kat mana tadi ? hmm ada orang mengorat farah ye ?'

"A’ah"

'Layankan je la .. Kira ok la ada yang nak, abang ru ni dah abis sekolah pun tak laku laku lagi. Pelik jugak la ,orang hensem dan baik macam abang ru ni takde pun yang nak .'

"Memang orang tua macam abg ru ni banyak cakap eh ? kuat bebel .. patut tak laku"

Eh dia ni kan ?! tuturku sambil cuba menarik telinganya. Namun belum sempat lagi sampai, tangan ku hentikan . Ada yang tak betul .Farah dah besar, malahan menginjak remaja dan aku pula bukan muhramnya . Astaghfirullah hal azim. Apa yang aku nak buat ni ??

Taman rekreasi yang tadinya sarat dengan pengunjung kini mulai berkurang . Hari pun semakin pudar warnanya. Sang matahari kini berubah kedudukan dengan sang bulan,camar di langit mulai pulang petang. Ku lihat farah , wajahnya  ada perubahan . kematangan mulai terserlah , tiada lagi comot aiskrim dan sewaktu dengannya di wajah.

Aku turun dari buaian,mencapai ranting kering dan membaling perlahan kearah farah . Lidah ku jelir dalam usaha menjengkelkannya. Farah menarik muka masam ketepi .

Tunggu abang ruu balik dari mesir dulu ya ? nanti kita bincang semula......

Bincang apa pulak ni abang ruu

Ade la….





Comments
3 Comments

3 juta komen:

Mohamad Khairil said...

blog anda direview..
http://diarijejakahangat.blogspot.com/2013/01/segmen-review-blog-bertuah-2.html

eiyja said...

singgah cni terus follow :D

jemputlah jenguk saya pulak .. :D
http://hernameeja.blogspot.com

Aniq Bukhary said...

sokong karya anda. Keep it up bro!