kengkawan :)
Wednesday, July 11, 2012
Monday, April 2, 2012
buang facebook timeline !!
Sunday, March 25, 2012
me gusta
niat nak menulis tu ade , idea tu ade , kerajinan tu ade tapi internet pun ada . Bile internet tu ade + laju pulak , maka pelbagai laman web akan ditelusuri ( betul ke bahasa gua ni ). Seterusnya niat2 idea2 kerajinan2 gua tu turut blah macam tu je . Haha sape yang baca entri ni , doa2kan gua jadi rajin baca buku pulak lepas ni ye .
p/s adik gua dapat 8A spm
PEACE LOVE and RESPECT
mau tido |
p/s adik gua dapat 8A spm
PEACE LOVE and RESPECT
Monday, February 20, 2012
The Boy Who Can't Leave , The Girl Who Can't Break Up,
" bro , udah la tu , lepak rumah gua malam ni . Main PES! guane gamok? "
hmmm
tak kot
gua ada plan lain la .
"ape dia?"
tido !
"udah la , jgn dikenang sangat ! bunga bukan sekuntum.
Ade berjuta lagi org pompuan lain kat malaysia ni. "
haha . memang la berjuta , tapi penat jugak nak gi tanya sampai berjuta orang tu.
"gasak lu la bro"
Huh! penat . Remote tv pun dia rasakan macam jauh gila . malas nak capai , huh biar lantak la cite tamil !Dia kedapur , cuba mencari kiranya ada sesuatu yang boleh dimakan. Peti di bukak walau dah tahu dalamnya takde isi . Empty . Macam kepalanya saat ini .
"harap maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi . sila cuba se.."
pranggg!!
belum sempat operator menghabiskan kata , handphone terlebih dahulu dihempas rudy . "Ah ! time orang nak tanya , time tu lah nak off phone" rungutnya .
sunyi ..
Selalu tengok dalam drama tv, time2 break-up ni orang perempuan yang nampak kesian . Tapi keadaan sekarang ni terbalik.Dan membuktikan drama tu karut, sama macam karutnya najwa latif boleh masuk ajl. Nak tido , mata tak boleh pejam . Nak makan , peti ais takde isi.
*******************************************************
tut tut tut
"hello . ha abang , ada ape ? "
saja je tepon mak . Rindu . hehe mak dah makan ?
Sunday, January 29, 2012
maafkan aku
'mungkin semua ni berat untuk awak .. mungkin juga saya .. tapi ! kita memang tak boleh bersama .. mustahil.. karut' kata rudy.
anis diam membisu . Dia melihat ke awan , pandangannya terhenti ke arah matahari. Matanya tidak berkelip. Matahari yang tadinya berselindung kini keluar memancarkan cahaya ,menyilaukan matanya. "Jadi.. kita akan terhenti di sini sahaja kah rudy ?" tanya anis tiba - tiba .
' kita? terhenti ? kita ni bermula pun tidak, macam mana nak berhenti .. awak tu kawan saya , kawan .. member.. macam afiq macam isa macam dafi tu hah' balas rudy lagi.
anis tersenyum kelat , matanya berkaca seraya memalingkan muka dari rudy . Dia kembali mendongak ke langit . kita ni macam awan dan matahari kan ? nampak macam dekat , tapi sebenarnya jauh .. jauh sangat tutur anis sayu . "sudahlah jauh , tidak mungkin bersama pula tu" tambahnya lagi.
Rudy merenung anis. Anis sudah banyak berubah! sensitif .... banyak berbicara tentang hati dan perasaan, penampilannya yang banyak berubah turut memeningkan kepala rudy . Kalau tidak mengenangkan mereka telah lama bersahabat , pastinya dari tadi lagi rudy akan beredar.Mujur sahaja tidak ramai orang ke tasik hari ini ..
Rudy menarik nafas sepanjang mungkin . Kata-kata yang bakal disebutkannya pasti akan melukakan hati anis. Akan tetapi, dia mesti melakukannya, jika tidak anis akan terus terluka.
Subscribe to:
Posts (Atom)