kengkawan :)

Wednesday, April 3, 2013

segmen : blog review

dua tiga menjak ni gua rasa nak aktif semula blogging . Lama sangat dah tak jadi keybord warrior. Haha try buat segmen la , mana tau ada yang nak join .

review jujur oleh en.Rudy

haha ~ pakai paint , tak yah nak expect lebih :p


prosedur dia senang je , lu orang tepek banner gua kat entri . Pastu letak link kat ruangan komen ( prosedur biasa kan ? ). Tak payah like2 page ,tak payah klik2 iklan pun kalau nak klik pun boleh jgak  ..

blog informasi/blog sukan gua xnak , sebab gua xtau nak review macam mana . Kebanyakannya copy paste kan ? :p

blog diari yang byk sangat sayang2 beby2 pun gua xnak , haha xkan gua nak review pasal awek/balak lu orang ye tak ?? 

originaliti tu penting.. haha kalau lu orang berminat ,boleh la join . Tapi jujur la , blog gua ni tak ramai orang berkunjung pun so traffik tak la banyak mana sampai kat lu orang nanti. Tapi ! keikhlasan pun penting kan ?? lagipun ni usaha pertama gua untuk cari rakan blogger , harap dapat maklumbalas positif :)

gua tak letak tarikh luput , tapi kuantiti . paling banyak pun 15blog je kot , haha makan masa gak nak baca beb .


peace love and respect uolllzzz

Monday, April 1, 2013

kenapa aku blogging ?





mule mule dulu aku ingat nak jadikan blog ni sebagai penanda aras kerajinan aku . Haha terbukti aku memang pemalas , nak cite panjang pasal kemalasan aku pun aku malas . Target aku taun lepas paling busuk pun 1 entry sebulan ,tapi hajat tu tak kesampaian. Mungkin disebabkan kemalasan maksima tahap supersaiya ke3 aku ni. Untuk ke depan ni , aku akan cuba merajinkan diri . Blog ni pun kena renovate sikit , mungkin kena banyak join segmen agaknya . Tu je lah kot , salam sayang : )


peace love and respect uolllzzz

Thursday, March 14, 2013

if we ever meet again : )






wait ? is that amirudin hamzah a.k.a rudy ? what he's doing here ? encik boss yang konon konon garang and menjengkelkan tu macam mana boleh muncul kat sebelah aku ni ? apa tak ade tempat lain ke nak muncul .. kenapa  alat untuk teleport belum dicipta lagi . Alaaaaa .. aku betul betul tak nak berhadapan dengan beliau ni ! mencik tau mencik .........

Cik ! tumpang lalu sikit

Aik ?! mr garang wannabe ni tak cam aku ke ? buat tak kenal je ....

Cik....
Cik.....
Maafkan saya cik
Boleh berikan saya sedikit ruang untuk lalu .. kata mr garang wannabe dengan senyuman malu ..

"Excuse me encik .. encik ?"

Saya Amirudin hamzah a.k.a rudy .. ya apa yang boleh saya bantu ?

Sah .. memang sah dia ni mr garang wannabe tu ! tapi kenapa dia boleh tak kenal aku ? ceh , baru semalam dia maki  aku depan officemate lain . ceit  pundamaneyyy ! personality disorder ke hape dia ni ? well mannered sangat ...

Tuesday, January 8, 2013

testing2


Aku melewati taman  rekreasi yang pernah menjadi tempat aku dan farah melepak bersama. Rumput tumbuh meliar menjadikan taman ini semak samun . Tiada lagi keluarga bersiar siar , tiada lagi anak kecil bermain gelungsur , tiada lagi farah dan abang ruunya bermain buaian. Buaian tu turut tidak kelihatan, tinggal tiangnya sahaja.

4 tahun ada sedikit merubah keadaan . Ekologi juga tidak terkecuali.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi sambil merenung kearah buaian . Memori lama datang kembali  


*****************************