ni bukan honda petak |
Pagi tu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bersuasana sejuk, tambahan pula hujan renyai yang baru saje berhenti membuatkan gua enggan berpisah dengan selimut yang sudah sebati baunya dengan persekitaran. Bukan bermaksud untuk bangun lewat , namun akibat
Setelah selesai solat, gua kembali meneruskan aktiviti hibernasi, hinggalah gua tersedar bahawa exam sudah hampir. Jika tidak melakukan sesuatu, maka mustahillah untuk gua berjaya. Dan jika gua tidak berjaya, maka gua takde kerja. Kalau takde kerja , gua takde duit . Makanya nama gua akan turut tersenarai dalam nama mereka yang enggan membayar PTPTN . chit
Gua memanaskan enjin moto . Dengan rambut yang tidak disikat rapi, gua memulakan pengembaraan mencari nota . 2-3 rakan yang ditemui menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai nota subjek tersebut."Ah gampang, kedekut cakap la kedekut" jerkah gua ......... dalam hati la . Cakap kuat2 kang mau kena tinju , bertambah senget la idung gua . Gua meneruskan perjalanan.
Mesti lu orang tertanya2 bila awek yang ada kat tajuk tu nak muncul kan ? kan ? okeh , watak awek tu muncul apabila gua berhenti di salah sebuah trafik light. Pada mulanya gua menyangka mereka sedang bergosip tentang uncle jual ice-cream kat sebelah gua ni . Namun jangkaan gua meleset sama sekali . Apabila perkataan honda petak dimentionedkan, gua sedar mereka sedang bergosip tentang gua . ''muke ensem , naik honda cup ! ptuih'' (haha yang ni gua tambah )
Cis , gembira sungguh mereka mengumpat. Apa yang menghanginkan gua , bukanlah umpatan mereka akan tetapi ,mereka pun naik motor jugak . Nok khorommm sungguh.
"Ahh lantak lah , lu nak kutuk gua ! bukan luak pun" kata gua dalam hati semasa lampu traffik bertukar hijau .
Gua singgah sebentar di rumah sorang lagi rakan untuk menumpang jamban sekejap , kebetulannye rumah beliau berdekatan dengan trafik light tadi. Selesai menunaikan hajat , gua disapa beliau.
" ah aok ni , datang rumah bawak taik. Datang bawak taik. Takde bende lain ke nak bawak ! " katenye
" aik kasar nampak!? haha nanti koi tak bawak dah! aok ambik kat rumah koi pulak,koi packing siap2,okey tak? " balas gua . " weh koi balik dulu lah , nanti datang balik ye " tambah gua lagi sambil berlalu pergi .
Dan apabila gua melalui traffik light yang diceritakan di pertengahan cerita tadi , gua ternampak 2 kelibat budak sekolah yang sedang menolak motor di pinggir jalan . Budak sekolah yang mengumpat gua tadi . Ahaha , gua tersenyum sendirian, kat dunia lagi Tuhan dah tunjuk kata gua. Gua kemudiannya melemparkan senyuman termanis kearah mereka yang kelihatan sedang keletihan menolak motor.
*koi = saya
*aok = awak
p/s cite ni sengaja ditokok tambah bagi menambah keseronokan pembaca untuk membacanya :)