kengkawan :)

Friday, September 30, 2011

alkisah : KISAH POKOK EPAL


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.



“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.

AKU PELIK!!

1.Aku PELIK melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sedar

2.Aku PELIK melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih tetap mencintainya

3.Aku PELIK melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu

4.Aku PELIK melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

5.Aku PELIK melihat orang yang sudah kenal neraka, tetapi masih melakukan dosa

6 Aku PELIK melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya

7.Aku PELIK melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya

(Uthman Ibn Affan)

Thursday, September 29, 2011

alkisah : kelebihan sang perokok

Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan
apa saja permintaan kamu sekalian. !!" Ketiga sahabat yang pada mulanya
panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan ber! pikir tentang
peluang dan kemauan masing2 yang mungkin sekali dalam seumur hidup. Lalu
mereka memilih kemauan mengikuti kegemaran masing2.






Berkata si A,"Aku mau perempuan2 muda dari berbagai bangsa di seluruh
dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun." Pufff ........!! dengan sekejap mata jin itu
menyempurnakan permintaan si A.


Berkata si B,"Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun." Pufff ........ !! dengan sekejap mata jin
itu menyempurnakan permintaan si B.


Berkata pula si C,"Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk
bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan
jangan ganggu aku selama 10 tahun." Pufff .......... !! dengan sekejap
mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.


Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul ke! mbali untuk membuka
pintu gua masing2 sebagaimana yang dijanjikan.<>
Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka
keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa
karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari2 hanya
memuaskan nafsu dengan perempuan.Tiba2 si A pun jatuh ketanah lalu mati!!


Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari2
mabuk2an.J alan pun ter-huyung2. Tiba2 si B pun jatuh ketanah lalu mati !!


Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C
keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin. Sambil
me- maki2 si jin ia berkata :


JIN GUUUUUUUUUOBLOOOKK ...!!!! lighter nye MANAAAAAAAAA ...???!!!






*haha ~    merokok ade kelebihan ke ??  :)

Monday, September 26, 2011

tolong2 :)

ingat nak buat cerpen  , tp takde idea la pulak .. hehe mohon jasa baik anda semua sumbang idea sikit :)



Tuesday, September 20, 2011

''jangan sedih2 ye mama''


Maria termenung menatap gambar Arisa sendirian. Hatinya berasa rindu sekali. Rindukan keletah, rindukan gelak tawa ,rindukan senyuman milik Arisa . Sudah lama Arisa pergi meninggalkannya namun detik bersama takkan dapat Maria padamkan dari ingatan.



Arisa insan istimewa . Kelahirannya istimewa . Kehadirannya istimewa . Arisa lahir tatkala suami yang tercinta meninggalkannya dan dunia. Senyuman Arisa menjadi perangsang. Peransang untuk Maria menjalani kehidupan dengan lebih tabah.

**************************************************************

'mama ! kenapa adik tak boleh main dekat luar ?' 


tanya si comel Arisa sambil mencebik . Kerapkali dia bertanyakan ibunya kenapa dia dilarang keluar bermain. Walaubagaimanapun Arisa tidak pernah membantah. Semua arahan ibunya dituruti tanpa ada bantahan.

''Adik tak sihat , adik main dengan mama aje lah ye ?'' balas Maria lembut. "tak pun adik tengok tv , ade cerita BoBoiBoy tu . Kejap lagi lepas mama siap memasak, mama tengok sekali " tambah Maria .


Sejak dua menjak ini Arisa sering sakit. Selalu sahaja demam panjang malah tubuhnya kelihatan sangat lemah.
Maria khuatir akan keadaan anak kesayangannya itu.



*****************************************************************
''saya harap puan dapat bersabar. Dari pemerhatian kami, nampak gayanya anak puan menghidap leukimia  .............''
******************************************************************




Dunia Maria seakan gelap gelita, kepalanya berdenyut seperti mahu pitam. Langkahnya longlai.Sisa sisa tangisannya masih lagi kelihatan walaupun dia cuba menyembunyikan disebalik senyuman pahit.Kata kata doktor yang merawat Arisa cuba ditelan walaupun pahit.







'emmm mama..mama , adik akan mati ye?'

''ish adik ni ? siapa yang cakap macam tu? ''

'adik dengar nenek cakap kat atuk '

''takde lah , Insyaallah adik umur panjang .. Adik sakit sikit aje . Nanti baiklah tu,mama kan ada "



Naluri keibuannya tersentuh tatkala melihat perubahan Arisa dari masa ke semasa. Rambutnya sering sahaja gugur malahan kepalanya tampak botak. Badannya pula semakin kurus akibat tiada selera makan. Arisa kelihatan sungguh lemah.


****************************************************************
Adik sayang mama , nanti bila adik dah tak ada mama jangan sedih2.Janji ye ?
****************************************************************



'uit!menung ape lagi tu ? jomlah. Kata nak pergi ziarah kubur Arisa' kata Pak Abu kepada Maria.

Lamunannya terhenti.''lah abah ni mana ade, orang tunggu dia dikatanya termenung .''balas Maria sambil berjalan menuju ke kereta.




"Arisa, mama akan tabah,takkan menangis lagi . Mama janji ,kalau ada tangisan lagi ,ianya adalah tangisan kegembiraan " tutur Maria perlahan..

                                                                                           



                                                                                    sekian..





*haha ~  kalau ade salah silap betulkan ye . Peace love n RESPECT uols  :)

Monday, September 19, 2011

rilek ujung minggu :Running Man

gwangsoo , commander ,yooruce willis , mong ji hyo,jungki, jisukjin,haha ,kang gary



Sape yang dah pernah tgk show ni kalau tak gelak memang tipu la . Ade member encikR yang langsung tak berminat tengok cite korea dah addicted ngan show ni . Confirm tak kering gusi la . Haha~ kalau tak gelak jugak , tak dapat lah den nak nolong eh.

Show macam ni memang takde lagi kat Malaysia. Ewah2 pun macam dah kureng sekarang ni, asyik bende same aje.Bosan jugak nak tengok .



monday couple jjang


The other reason encikR layan show ni adalah disebabkan 2orang ni .. Haha




bagi sape2 yang nak download tu boleh la usha2 kat sini ye :
http://www.isubs-squad.com/
http://www.kshownow.net/

Friday, September 16, 2011

sebalik matahari (berselindung ) part 1




''sape tu ?? budak baru ke ?''tanya Farah tatkala melihat kelibat Rudy memasuki kelas.
'uish , slow sikit kalau nak ckp pasal budak tu' balas fizah . 'samseng beb' tambahnya lagi sambil membelek keratan nota Sains.

Sepanjang kelas Sains ,mata Farah tidak lepas dari melihat Rudy. Ada sesuatu yang menarik tentangnya , membuatkan rasa ingin tahu Farah menebal. Semenjak dia berpindah ke sekolah ini, hari ini kali pertama dia bertemu dengan Rudy, pemilik meja paling hujung dalam kelasnya itu.

Selepas kelas Farah cuba mencari Rudy, namun kelibatnya terus tidak kelihatan selepas kelas sains berakhir.

'weh , jom balik. Tunggu ape lagi tu.. bla bla bla bla ' leter Fizah . Farah tersenyum sebelum membalas '' iye makcik , jom2''

**********************************************

Farah sampai lebih awal di taman dari waktu yang dijanjikan . Sms dari Fizah lewat malam semalam menyatakan hasrat mahu mengulangkaji bersama2 di taman. Farah terus bersetuju kerana sudah lama dia berhajat untuk pergi ke taman kerana sudah lama dia tidak kesana. Tambahan lagi taman itu juga tidak berapa jauh dari rumahnya .

Farah tersenyum melihat anak2 kecil yang sedang bermain buayan. Dia terkenangkan zaman kanak2nya dahulu. Teringatkan rakan baiknya yang telah lama terpisah. Entah kenapa sejak bertemu Rudy kelmarin, farah merasakan ada sesuatu yang dia cari selama ini ada pada lelaki itu. Namun dia tidak pasti.

'Ah , lambatlah pulak fizah ni ' kata Farah perlahan...

                                                                               

                                                                               
                                                         bersambung lagi, xde idea la pulak HAHA

jom blogwalking






haha join segmen lg aku ni ..
 hehe rajin2 blogwalking kat sini ..
hihi nak folow pun ok gak ..
 hoho tggalkan jejak ye :)

Wednesday, September 14, 2011

most in the world

td mase dok google google picture aku pun try la taip yang most2 ni .. dan ini la hasilnye (sekadar mengambil gambar yang pertama)


most beautiful woman in the world
ashwarya rai  kalau xsilap



most handsome men in the world

sape ni ? aku xknal :)



most richest person in the world
mukesh ambani . jutawan dari india, bukan dari U.S beb 





most expensive thing in the world
aik ?



most wonderful places in the world

gunung kat bali



most interesting thing in the world
soalan takde jawapan ? menarik2 :)




the most errr .. errr .. errr
hahahaha






* ni semua gmbar mula2 aje ye .. haha   PEACE LOVE N RESPECT uols

Sunday, September 11, 2011

sambungan entri aritu .. tp yg aritu dah di delete :)

************************************************************************************************************************************************


Beberapa pelajar ditahan oleh guru disiplin atas kesalahan mengukir nama di lengan.Macam buat tatu la jugak kirenye. Tidak sakit ke? Si 'dotdot' pulak nampaknya  tak ada kat perhimpunan tadi. Ambil mc kot.

  Aku pun tak rasa nak join assembly hari ini.Perut tiba tiba je rasa lapar. Kantin pun kebetulan dah bukak,apalagi jom jom jom jom makan makan.

                sekadar hiasan
 Memang clear kantin time ni . Takda orang langsung, tinggal makcik kantin je. Lepas bungkus air dengan mee goreng aku terus keluar mencari port.'' Nak makan kat dalam kantin ni macam tak sedap pulak bila cikgu2 lain tengok,baik makan ngan pakcik alil si tukang kebun tu. Lagi syok, boleh sembang sembang dengan dia nanti'' getusku dalam hati.

 Dalam perjalanan ke port baik 2 aku ternampak satu kelibat yang aku cuba usha2 kat assembly tadi .Si dotdot . Apa pulak dia buat sorang2 kat belakang stor tu . Aku perlahan lahan pergi dekat,sampai satu bunyi pun xkluar.Dah macam solid snake dalam game metal gear solid la pulak aku ni.

sekadar hiasan . 5 bersaudara dari turki < bersyukurlah dgn ape yang kita ada >

 `Tak payah nak buat gaya komando sangat la cikgu,dari td lg saya dah nampak’ kata dotdot separa berbisik.Aku tergamam,baru nak buat buat garang tadi.

Kenapa tak join assembly?

Malas la!cikgu pon sama , Nape tak join

  Aku terdiam sekejap sebelum perbualan diteruskan sampai  mee goreng yang aku beli tadinya  dah jadi sejuk. Banyak perkara yang dotdot cakap,sampai certain thing tu aku tak paham,maklumla bahasa orang muda muda ni lain. Jadi,anggukkan aje lah.Aku yang nak makan tadi lastly join sekaki jadi mat longkang ari ni. Dulu time aku sekolah macam ni lah jugak,cari ketenteraman sorang2 .Nak ponteng kang mak bising pulak.

.....loceng berbunyi. Menghentikan perbualan kami.

``errr cikgu !'' . Aku menoleh .

''Terima kasihla cikgu sebab x bagitau kat pak misai tu yang saya ponteng kat sini. Teruk saya kena kalau dia tau.Terima kasih ya.'’


`entahla ..Saya pun tak tahu .Sama ada telah menolong awak ataupun sedang merosakkan awak sebenarnya.’balasku sebelum beredar pergi....                                                                                              
                                                                                             

                                                                                             to be continued INSYAALLAH..
********************************************************************************



< haha! klau ade yang bace , sy ucapkan terima kasih............ PEACE LOVE n RESPECT uols >

Saturday, September 10, 2011

aku nak promosi blog di umarFarruq.com






sebagai blogger baru , bukan mudah untuk blognya dipromosikan .. So ! jom join gua  :)



peace LOVE n respect you alls

Friday, September 9, 2011

skuad liga super kelantan pikat pemain EPL


SEMALAM aku berchatting dengan seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang enggan namanya didedahkan. Menurutnya, Kafa sudah memeterai perjanjian secara lisan dengan seorang pemain terkemuka dunia untuk bermain dengan Kelantan bagi menghadapi Liga Super musim akan datang.
Dengarnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menarik balik keputusan melarang pemain import daripada beraksi dalam Liga Malaysia untuk musim 2011, maknanya pemain itu nanti yang kini beraksi dengan sebuah pasukan ternama dalam English Premier League itu akan digandingkan dengan Khalid Jamlus selaku penyerang.
Selepas didesak beberapa kali, barulah pegawai Kafa itu memberitahu aku pemain yang dimaksudkan adalah Carlos Tevez yang kini bermain bersama Manchester City. Perghhhh… memang gempak giler!
Pegawai Kafa itu berkata, perjanjian lisan itu sudah dipersetujui ketika pemain kelahiran Argentina itu datang ke Kelantan bulan lalu untuk berjumpa Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa. Pertemuan itu diadakan di satu lokasi rahsia dan difahamkan sekitar Rantau Panjang iaitu sebaik banjir mulai surut.
Mula-mula tu aku tak percaya, takkan Tevez sanggup nak main kat Malaysia, berapa juta pulak Kafa kena bayar… dan sebagai bukti, pegawai Kafa itu kemudian mengirimkan gambar pemain itu ketika kedatangannya ke Kelantan. Aku yakin tak lama lagi berita ni pasti meletup!
Gambar di bawah membuktikan kehadiran Tevez (kiri) bersama ejennya ketika berada di Kelantan.


tevez dan ejen 
















credit; http://mywanfai.wordpress.com/2009/01/22/


:D senyum senyum saje 



Thursday, September 8, 2011

safee sali melupakan hasratnya ke eropah

FAM
KUALA LUMPUR desas desus tentang perpindahan penyerang sensasi  safee sali ke eropah nampaknye terpaksa dilupakan oleh fans . Safee sali kini diberitakan akan menyertai sebuah kelab tempatan yang berpengkalan di selatan tanah air . Menurut wartawan yang membuat liputan , proses perpindahan dari kelab pelita jaya sudah 90% terlaksana . Dengan kontrak yang bakal berakhir , kelab pelita jaya relahati melepaskan  Safee walaupun  ingin menyambung kontrak safee untuk menghadapi ISL yang akan mendatang.

 Jika tiada halangan musim 11/12 ini safee akan membuat penampilan pertama bersama kelab barunya itu. Kelab yang banyak menghasilkan pemain berbakat Malaysia pada awal kurun ke19.

 Safee turut menyatakan hasratnya untuk membantu kelab itu bangkit dari zon penyingkiran seperti mana yang pernah dilakukannya sewaktu di kelab pelita jaya dahulu. Masalah kewangan yang dihadapi oleh kelab yang bakal disertainya itu turut tidak menjadi kekangan baginya.

FAM bagaimanapun tidak memberi ulasan lanjut.



gambar di bawah memberi penjelasan

safee berlatih bersama rakan sekelab .. HAHA sorry









p/s .. gurau2 je ye .. byk sgt kabar angin skang ni :D  

Wednesday, September 7, 2011

UNTITLED: hehe sape ade tajuk yang sesuai ?






Rudy sudah naked  nekad. Dengan segala tekad dan keazaman yang tersemat di kalbu, dia akan membuat perhitungan hari ini. ''Apa nak jadi jadilah''laung Rudy sekuatnya. Batas kesabarannya mulai goyah . Amarah menguasai dirinya .

Cuaca panas turut memberi impak terhadap Rudy. Di bawah terik mentari Rudy menyanyikan lagu matahari nyanyian asal band Amuk dihalaman rumah.Sambil jari jemarinya memetik gitar akustik,dia terfikir sesuatu....

Saat itu Rudy terfikir. Bukankah dia seorang suami .  Sudah fitrah yang mana seorang suami adalah ketua keluarga . Sebagai seorang ketua secara otomatiknye dia yang akan memberikan tugasan dan bukan seorang yang melaksanakan tugas. Maka tugasan dalam rumah bukan tugasnya. Ianya milik isterinya. Jikalau tidak ape guna 15k sebagai hantaran. Apa guna dia....err belum sempat penulis memikirkan idea, isteri rudy sudah pulang dari tempat kerja.


'Assalamualaikum' lembut syafikah memberi salam.

Syafikah ,  Isteri rudy yang kini bekerja sebagai guru . Sudah menjadi kebiasaannya dia pulang di waktu petang sebegini . almaklumlah tugasan guru kini semakin banyak dan  mencabar .

''Waalaikumsalam''... acuh tak acuh rudy membalas sambil menonton rancangan BoBoiBoy .

''hehe, nape abang ni? gigit kang'' kata syafikah sambil membuat muka comel ala-ala seo hyun dari girl band korea snsd.


''ala ... cakapla kenape ? tumbuk usus tu karang '' tambah syafikah manja.

' Abang terifkir, abang ketua keluarga ni. tapi semua kerja dalam rumah abang yang buat . Pinggan mangkuk periuk belanga kawah senduk sudu abang yang basuh.Kain baju abang yang lipat, pokok bunga, sayur, balak ,bakau, cannabis abang yang siram. Kenape ? dayuskah bang ni ? kenapa ? sila jelaskan ' kata Rudy selafaz.

Syafikah tersenyum lagi. ''laaa~ ingatkan ape lah tadi. Haha tu aje ke ?'' tanya Syafikah .

'ye' balas rudy

''hmm, abang ingat tak dulu?''

'ingat pe?'

''abang kan penah kate kat sy abang nak jadi Mr mama kat rumah ni . Abang jugak kata studio lukisan tu bising,abang nak lukis komik kat rumah je . Hehe tak ingat ye'' jawab syafikah lantas memberikan jawapan penuh kepada persoalan rudy selama ini. ''banyak makan semut leww tewww'' syafikah menambah.

 Rudy terdiam sejenak. Setelah selesai berfikir, Rudy langsung ke dapur sambil berlari lari anak meninggalkan Syafikah yang sedang tersenyum sendirian .