" jumpa tempat biasa ye " isabel mengakhiri perbualan.
telefon bimbit aku letakkan kembali diatas meja setelah perbualan tadi berakhir. Isabel?! Lama sungguh tidak ku dengar nama itu. Berapa tahun ye? dua tahun, tiga tahun . Ah lebih dari itu rasanya. "Pukul 5, masih berbaki 4 jam" kataku sambil meneruskan pekerjaan.
Isabel. hmmm~~
****************************************************
2005
Pertemuan kami istimewa . Sangat istimewa.Aku ingat lagi bagimana aku tidak melarang, malah menggalakkannya untuk terjun dari bangunan hospital . Aku tahu! kalau dihalang pun , dia akan tetap meneruskan terjunan jugak. Jadi aku bertindak sebaliknya.
" ehem2.. just go ahead!when you jump ,the impact from the ... err err .. the jump la , will blow your head and err.. err.. err. Im not gonna stop you"
' cakap melayu dah la'
" wau ! boleh cakap melayu !, kellllas minah omputeh ni. Meh makan dulu , banyak ni . Tak abis makan sorang2. Mai la . Terjun dari tempat tinggi ni sakit , baik berkawan dengan aku"
Sejak dari hari itu kami mulai berkawan. Banyak yang dikongsi. Banyak juga perbalahan, namun aku akhirinya dengan memohon maaf.
***********************************************************
kini perbalahan itu berubah kepada.......
perbincangan ?
'aku percaya bahawa dunia ini terjadi dengan sendirinya. Semua proses ini terjadi dengan semulajadi,alam sekitar juga begitu. Aku amat pasti tiadanya entiti bergelar tuhan, jikalau benar benar ada masakan pula hidupku sebegini ' kata Isabel.